Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Realme 3 – Teknologi kamera dan reka bentuk premium pada harga serendah RM 599

Pengenalan

Walaupun hanya berada di pasaran kurang dari setahun (sebagai syarikat berasingan), Realme kini telah melancarkan generasi ketiga telefon pintar mereka yang sudah terkenal dengan reputasi sebagai syarikat yang mampu menawarkan telefon pintar dengan reka bentuk dan spesifikasi yang baik pada harga penjualan yang sangat kompetitif.

Realme 3 bukanlah telefon pintar flagship Realme dan bukan juga pengganti kepada Realme 2 Pro namun penawaran model ini sebagai model pertama Realme bagi tahun 2019 dilihat sebagai permulaan yang baik.

HONOR Malaysia Celebrates Its 5th Anniversary with The Biggest Party Ever! 3 min read

Realme 3 telah dilancarkan secara rasmi ke pasaran India pada 5 Mac yang lalu dan ianya tiba ke pasaran Malaysia kira-kira 2 minggu selepas itu.

Spesifikasi utama

Skrin paparan : IPS LCD HD+ berukuran 6.2-inci
Pemproses : MediaTek Helio P60 + GPU Mali-G72 MP3
RAM : 3GB/4GB
Memori dalaman : 32GB/64GB + slot microSD
Bateri : 4,230mAh dengan pengecasan 10W
Kamera belakang : 13MP f/2.2 + 2MP dan flash LED
Kamera selfie : 13MP f/2.0

BacaPandangan pertama Realme 3 yang kini ditawarkan di Malaysia

Reka bentuk

Realme 3 hadir dengan reka bentuk yang sudah sinonim dengan Realme iaitu lapisan panel plastik akrilik pada bahagian belakang selain panel skrin hadapan yang hadir dengan reka bentuk takuk waterdrop.

Bercakap mengenai panel belakang yang dimiliki Realme 3 ini, walaupun masih berasaskan plastik yang digilap, Realme berjaya menyertakan skema warna yang lebih menarik iaitu dwi-tona atau gradiasi yang menambahkan sedikit penampilan premium telefon pintar ini.

Ianya adalah reka bentuk unibodi yang melapisi keseluruhan telefon pintar ini dan tidak lupa sensor capjari dibahagian belakang.

Bercakap mengenai panel hadapan, skrin paparan Realme 3 adalah dengan reka bentuk takuk waterdrop seperti Realme U1 dan Realme 2 Pro namun resolusi skrin yang ditawarkan adalah HD+ sahaja.

Panel skrin Realme 3 ini juga dilapisi dengan gelas perlindungan Corning Gorilla Glass 3.

Pada bahagian sisi kiri, Realme 3 hadir dengan slot tri-SIM yang menyokong dua nano-SIM dan satu kad microSD (sehingga 256GB) serta butang suara.

Pada sisi kanan terdapat butang kuasa yang diletakkan pada posisi yang ergonomik.

Pada bahagian bawah, terdapat slot microUSB, gril pembesar suara dan bicu audio 3.5mm.

Posisi kamera Realme 3 kini adalah menegak dan bukanya melintang seperti pada telefon pintar Realme sebelum ini (terdapat gelung berwarna kuning pada sensor kamera utama dan ianya dikenali sebagai ‘Realme Ring’)  dan lambang Realme juga berada dibahagian sisi bawah panel belakang.

Skrin paparan

Realme 3 hadir dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 6.2-inci yang memiliki resolusi 720 x 1520 dengan kepadatan piksel 271ppi sahaja.

Realme 3 menyaksikan pengunaan panel dengan takuk waterdrop berbeza dengan Realme 2 yang memiliki takuk seperti Apple iPhone X.

Walaupun bukan lah antara panel skrin terbaik , panel HD+ 19:9 yang ditawarkan pada Realme 3 masih boleh dianggap antara yang terbaik apabila dibandingkan dengan pesaing terdekat pada tahap harga ini.

Seperti yang kami katakan di atas, Realme 3 memiliki lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 3 dan terdapat juga filem perlindungan skrin yang tersedia pasang dan kualiti filem ini juga berkualiti tinggi.

Pemproses

Realme 3 hadir dengan pemproses MediaTek Helio P60 berkelajuan 2.0GHz yang dipadankan dengan unit pemprosesan grafik Mali-G72 MP3.

Jika dibandingkan dengan Realme 2, pretasi pemproses yang digunakan pada Realme adalah 74% lebih baik berbanding prestasi pemproses Realme 2.

Walaupun hadir dengan pemproses Helio P70 dipasaran India, perbezaan antara kedua-dua pemproses ini adalah kecil.

Bercakap mengenai RAM yang ditawarkan pada Realme 3 ini, terdapat dua kapasiti RAM yang ditawarkan iaitu 3GB RAM yang disertakan dengan 32GB memori dalaman manakala versi 4GB RAM pula memiliki 64GB storan dalaman.

Sokongan AI dan mod khas bagi permainan video yang dikenali sebagai game space turut ditawarkan pada Realme 3 ini.

Realme 3 juga menjadi telefon pintar pertama Realme untuk hadir dengan UI Color 6 yang berasaskan Android Pie.

Kami amat tertarik dengan antaramuka ColorOS 6 ini dan ianya mempunyai reka bentuk app drawer seperti sistem operasi Android yang asli.

Kamera

Realme 3 hadir dengan tetapan dwi-kamera 13MP dengan apeture f/2.2 yang dipadankan dengan sensor bokeh 2MP.

Walaupun bukan lah antara tetapan kamera terbaik di pasaran, Realme telah mencuba yang terbaik untuk meletakkan kamera Realme 3 sebagai yang terbaik pada tahap harga ini.

Antara sebab kami mengatakan ianya adalah yang terbaik pada tahap harga ini adalah kerana penawaran mod malam Night Scape yang membawakan pengalaman penggambaran waktu malam yang setaraf dengan telefon pintar yang lebih mahal harganya.

Night Scape berfungsi dengan mengambil gambar waktu malam untuk tempoh tiga saat sebelum perisian kamera dan AI digunakan untuk meningkatkan lagi kualiti gambar ini.

Mod Night Scape ini mempunyai potensi yang tinggi seperti mod Super Night pada telefon pintar utama Huawei. Jika mod Night Scape pada Realme 3 yang mempunyai harga dari RM 599 sudah boleh membuat kita kagum,bayangkan apa yang boleh Realme tawarkan pada telefon pintar dengan sensor kamera yang lebih baik.

Kami secara peribadi tidak sabar untuk sekali lagi mencuba mod Night Scape ini pada Realme 3 Pro yang dijangka akan hadir dengan sensor kamera utama 48MP dan pelancaran telefon pintar ini dijangka akan berlangsung pada bulan April 2019.

Chroma Boost Realme 3

Kamera utama Realme 3 juga hadir dengan teknolog pengecaman adengan AI dan mod Chroma Boost yang meningkatkan kualiti keseluruhan gambar ini.

Beralih kepada kamera hadapan Realme 3 ini, ianya hadir dengan sensor 13MP yang memiliki aperture f/2.0 yang turut memiliki mod kecantikan berasaskan AI.

Walaupun hanya memiliki satu sensor , kamera selfie Realme 3 juga hadir dengan sokongan mod portrait yang dilihat mampu mengasingkan subjek dan latar belakang tanpa sebarang isu.

Teknologi kamera seperti Night Scape dan Chroma Boost yang hadir pada Realme 3 memberikan kelebihan kompetitif kepada telefon pintar ini kerana tidak banyak peranti pada tahap harga ini mampu menawarkan teknologi kamera yang sama.

Bateri

Seperti Realme 2, Realme 3 juga menawarkan kapasiti bateri yang sangat baik iaitu 4,230mAh.

Menyedihkan, pengecasan masih dilakukan melalui slot microUSB dan pada tahap harga ini, anda harus menerima kenyataan bahawa USB-C masih belum ditawarkan secara meluas dan murah.

Dengan pengunaan skrin paparan HD+ dan pemproses Helio P60 yang efisen, anda dijangka akan mempunyai pretasi bateri yang mampu memenuhi keperluan harian anda tanpa sebarang masalah.

Pengecasan penuh bateri yang dimiliki Realme 3 ini mengambil masa sekitar 80 minit atau satu jam dua puluh minit dengan menggunakan plak pengecasan 10W yang ditawarkan bersama ketika pembelian.

Realme 3 juga hadir dengan fungsi penjimatan bateri yang dikenali sebagai Super High Power Efficiency yang menghadkan proses latar belakang selain mod pengoptimasi skrin dan cadangan untuk menjimatkan tenaga seperti menutup GPS dan banyak lagi.

Penutup

Realme  sekali lagi telah membuktikan bahawa anda tidak perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk memiliki telefon pintar yang mampu memenuhi keperluan harian anda.

Walaupun boleh dianggap sebagai nama baru didalam pasaran telefon pintar, Realme dilihat mempunyai resepi untuk memenangi hati pengguna khususnya dengan penawaran telefon pintar pada harga kos.

Dengan pencapaian melebihi 100,000 unit didalam beberapa bulan selepas memasuki pasaran Malaysia, Realme kini sudah mempunyai 3% pegangan pasaran dan satu-satunya syarikat yang pertumbuhan positif.

Realme 3 akan ditawarkan didalam dua konfigurasi RAM dan memori dalaman iaitu 3GB+32GB dan 4GB+64GB dengan harga penjualan masing-masing RM 599 dan RM 699.

Penjualan rasmi akan bermula pada 6 April namun pada 27 Mac, Lazada akan menawarkan Realme 3 secara eksklusif pada harga RM 549 sahaja dan maklumat lanjut mengenai tawaran ini boleh anda baca di SINI

Gambar-gambar yang diambil menggunakan Realme 3

Comments

comments