Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A10 dan Galaxy A20 kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 499 sahaja

 

Samsung dilihat sangat agresif didalam penawaran telefon pintar mampu milik dan selepas pelancaran A30 dan A50 minggu lalu, Samsung nampaknya akan turut membawa masuk Galaxy A10 dan Galaxy A20 yang memberikan pengguna lebih pilihan.

Walaupun tidak disahkan secara rasmi oleh Samsung Malaysia, Galaxy A10 dan Galaxh A30 telah mula ditawarkan oleh Directd dan ianya adalah versi rasmi yang hadir dengan jaminan waranti satu tahun dari Samsung Malaysia.

Galaxy A10

Samung Galaxy A10 hadir dengan skrin paparan Inifinity-V TFT berukuran 6.2-inci dengan resolusi HD+, pemproses Exynos 7884, 2GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman dan bateri 3,400mAh.

Galaxy A10 juga memiliki kamera belakang 13MP dengan aperture f/1.9 selain kamera selfie 5MP f/2.0.

Samsung Galaxy A10 ini juga hadir dengan slot microSD, sokongan dwi-SIM dan OneUI berasaskan Android Pie.

Samsung Galaxy A10 akan hadir dengan harga penjualan RM 499 dan terdapat tiga pilihan warna iaitu hitam, putih dan biru (stok akan tiba mulai 29.03.2019).

Beli Samsung Galaxy A10 di SiNi

Galaxy A20

Beralih kepada Galaxy A20 pula, ianya turut hadir dengan panel skrin Inifinty-V Super AMOLED berukuran 6.4-inci, pemproses Exynos 7884, 3GB RAM dan bateri berkapasiti 4,000mAh.

Galaxy A20 hadir dengan tetapan dwi-kamera 13MP + 5MP manakala kamera selfie adalah 8MP.

Galaxy A20 turut hadir dengan slot microSD, sokongan dwi-SIM dan OneUI berasaskan Android Pie.

Galaxy A20 kini sudah ditawarkan pada harga RM  699 dan ianya turut hadir didalam tiga pilihan warna iaitu hitam, biru dan merah ( warna merah akan mengambil masa 5-7 hari bekerja untuk dihantar).

Beli Samsung Galaxy A20 di SiNi

ARTIKEL BERKAITAN

Samsung Galaxy A30 dan A50 dengan skrin paparan AMOLED dan bateri 4,000mAh kini di Malaysia pada harga dari RM 799 sahaja

Samsung Galaxy A70 dengan kamera selfie 32MP dan bateri 4,500mAh diumumkan secara rasmi

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.