harimaubet_leaderboard

Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A70 dengan kamera selfie 32MP dan bateri 4,500mAh diumumkan secara rasmi

Samsung Galaxy A70 dengan kamera selfie 32MP dan bateri 4,500mAh diumumkan secara rasmi 1

Selepas memperkenalkan Galaxy A30 dan Galaxy A50 ke pasaran Malaysia beberapa minggu lalu, Samsung kini telah mengumumkan satu lagi model didalam siri Galaxy A ini iaitu Galaxy A70.

Samsung Galaxy A30 dan A50 dengan skrin paparan AMOLED dan bateri 4,000mAh kini di Malaysia pada harga dari RM 799 sahaja

Samsung Galaxy A70 hadir dengan skrin paparan Super AMOLED Infinity-U berukuran 6.7-inci (1080 x 2400) , pemproses octa-core, 8GB RAM dan 128GB memori dalaman yang turut hadir dengan slot microSD yang menyokong tambahan 512GB memori dalaman.

winner78

Bercakap mengenai kamera, Galaxy A70 akan hadir dengan tetapan tiga kamera yang sama seperti Galaxy A50 namun sensor yang digunakan adalah berbeza dimana A70 hadir dengan sensor utama 32MP f/1.7, lensa lebar ultra 8MP f/2.2 dan lensa kedalaman 5MP f/2.2.

Selain itu, Galaxy A70 juga hadir dengan kamera selfie 32MP yang memiliki aperture f/2.2.

Galaxy A70 juga hadir dengan sensor capjari terbina pada skrin, Android 9.0 Pie (OneUI), bateri berkapasiti 4,500mAh dengan teknologi pengecasan Super Fast Charging dan tiga slot SIM. 

Samsung Galaxy A70 yang ditawarkan dengan reka bentuk 3D Glasstic akan hadir didalam tiga pilihan warna iaitu hitam, biru dan putih.

Galaxy A70 ini dijangka akan diperkenalkan secara rasmi pada 10 April 2019 di majlis pelancaran A Event yang akan berlangsung serentak di 3 benua.

Seperti Galaxy A30 dan Galaxy A50, Samsung Galaxy A70 dijangka akan hadir dengan harga penjualan yang amat kompetitif dan ianya mungkin ditawarkan pada harga sekitar RM 1,500-RM 2,000.

Samsung Galaxy M20 dengan bateri 5,000mAh dilancarkan pada harga RM 799 sahaja

harimaubet