harimaubet_leaderboard

Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 8C dengan pemproses Snapdragon 632 dan bateri 4,000mAh kini dilancarkan di Malaysia pada harga RM 599 sahaja

Honor 8C dengan pemproses Snapdragon 632 dan bateri 4,000mAh kini dilancarkan di Malaysia pada harga RM 599 sahaja 1

Honor 8C dengan pemproses Snapdragon 632 dan bateri 4,000mAh kini dilancarkan di Malaysia pada harga RM 599 sahaja

Honor Malaysia secara rasminya telah melancarkan Honor 8C ke pasaran tempatan dengan harga penjualan yang amat berpatutan.

Honor 8C dengan pemproses Snapdragon 632 dan bateri 4,000mAh kini dilancarkan di Malaysia pada harga RM 599 sahaja 2

Honor 8C merupakan telefon pintar pertama Honor untuk hadir dengan reka bentuk panel belakang dengan kesan ‘mata kucing’ yang hadir didalam kemasan matte (hanya warna biru sahaja hadir dengan kemasan ini).

Honor 8C merupakan antara telefon pintar ‘rare’ yang menggunakan pemproses Snapdragon 632 dan bukanya pemproses Kirin.

honor20Pro_malaysia_mobilefokus

Honor 8C dengan pemproses Snapdragon 632 dan bateri 4,000mAh kini dilancarkan di Malaysia pada harga RM 599 sahaja 3

Selain itu, Honor 8C juga hadir dengan skrin paparan HD+ berukuran 6.26-inci yang hadir dengan eye mod yang diiktiraf oleh TüV Reihland , 3GB RAM, 32GB memori dalaman, sokongan tri-SIM (dua SIM + microSD – sehingga 256GB) dan bateri berkapasiti 4,000mAh (pengecasan 10W disertakan).

Bercakap mengenai kamera, Honor 8C hadir dengan dwi-kamera utama 13MP+2MP yang memiliki fotografi AI selain kamera selfie 8MP.

Honor 8C dengan pemproses Snapdragon 632 dan bateri 4,000mAh kini dilancarkan di Malaysia pada harga RM 599 sahaja 4

Honor 8C juga akan hadir dengan EMUI 8.2 berasaskan Android Oreo, sensor capjari dibelakang, mod Eye Care, mod ‘face unlock’ , mod permainan Game Suite, mod simple yang sesuai untuk warga emas.

Honor 8C dengan pemproses Snapdragon 632 dan bateri 4,000mAh kini dilancarkan di Malaysia pada harga RM 599 sahaja 5

Honor 8C akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu hitam, emas dan biru ‘cat eye’ dengan harga penjualan RM 599 sahaja.

Honor 8C dengan pemproses Snapdragon 632 dan bateri 4,000mAh kini dilancarkan di Malaysia pada harga RM 599 sahaja 6

Penjualan seluruh negara akan bermula pada 5 April 2019 namun pada 27 Mac, Honor 8C akan ditawarkan secara eksklusif di Lazada sempena Lazada 7th Birthday Sale (penjualan bermula jam 10 pagi dan 1,000 pembeli pertama akan menerima beg tote Honor).

Honor 8C dengan pemproses Snapdragon 632 dan bateri 4,000mAh kini dilancarkan di Malaysia pada harga RM 599 sahaja 7Honor 8C dengan pemproses Snapdragon 632 dan bateri 4,000mAh kini dilancarkan di Malaysia pada harga RM 599 sahaja 8

Honor Malaysia turut memperkenalkan duta catbassador mereka yang masih belum mempunyai nama dan anda boleh mencadangkan nama bagi kucing ini dan berpeluang memenangi Honor 8C.

Siri Huawei P30 dijangka tiba ke pasaran Malaysia pada awal April – percuma Huawei Backup 1TB

ULASAN : Realme 3 – Teknologi kamera dan reka bentuk premium pada harga serendah RM 599

harimaubet