Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pameran peranti Gaming TMT Game On kini sedang berlangsung di Mid Valley

Peruncit barangan IT dan telefon pintar terbesar di Malaysia iaitu TMT atau Thundermatch kini sedang mengadakan satu pameran yang unik dimana anda boleh memiliki peranti gaming terbaik di pasaran tidak kira ianya adalah komputer riba atau telefon pintar gaming.

Pameran TMT “Game On” kini sedang berlangsung di Centre Court, pusat membeli belah Mid Valley sehingga 24 Mac dan kesemua syarikat yang menawarkan peranti gaming terbaik di pasaran seperti Alienware, AOC, Aorus, Asus, BenQ, Cooler Master, Corsair, Dell, Omen oleh HP, Hyper, Intel, Legion oleh Lenovo, Logitech, MSI, Predator, Razer, Republik Gamers, Sony, Thermaltake, Vive dan Zowie sebagai rakan kongsi rasmi.

Dengan sokongan kerajaan terhadap industri eSport yang mempunyai peruntukan sebanyak RM 10 juta, TMT turut ingin menunjukkan sokongan untuk membangunkan industri gaming tanah air.

Antara tawaran menarik pameran Game On yang boleh kami perkataan adalah penjualan Razer Phone 2 yang ditawarkan pada harga RM 2,749 sahaja dan tidak setakat itu, anda akan turut menerima satu unit Razer Hammerhead Pro V2.

Semasa pertunjukkan Game On ini , pengunjung juga boleh menonton pasukan eSports terbaik bertarung untuk mendapatkan hadiah wang tunai bernilai RM20,000 pada kejohanan PUBG dan Mobile Legends yang akan berlangsung pada 23 dan 24 Mac. 

Selain itu, pelanggan TMT yang berbelanja sekurang-kurangnya RM500 di mana-mana outlet TMT mulai sekarang sehingga 18 April juga layak mengambil bahagian dalam cabutan bertuah di mana mereka berpeluang untuk memenangi jumlah bauchar dan produk bernilai sejumlah RM40,000.

Kempen Game On TMT akan berterusan dengan menyebarkan kepada platform e-dagang terkemuka Asia Tenggara dan Taiwan , Shopee yang menawarkan pembelian peranti gaming ini melalui ansuran dengan faedah 0%.

Maklumat lanjut mengenai TMT Game On sila layari pautan di bawah

TMT Game On

Booth booth di pameran Game On TMT

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.