harimaubet_leaderboard

Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

5 Perkara menarik yang anda boleh lakukan dengan Honor 10 Lite

5 Perkara menarik yang anda boleh lakukan dengan Honor 10 Lite

Honor 10 Lite merupakan telefon pintar pertama Honor yang dilancarkan di Malaysia dan ianya mendapat sambutan yang sangat luar biasa dengan hampir 1,200-unit Honor 10 Lite berjaya dijual didalam masa 3 jam selepas penjualan bermula.

Dengan reka bentuk premium ala kelas flagship, Honor 10 Lite mempunyai potensi yang baik untuk menarik perhatian pembeli khususnya dengan harga penjualan yang sangat berpatutan iaitu dari RM 699 sahaja.

Potensi yang dimiliki oleh Honor 10 Lite adalah amat banyak dan walaupun kami telah melakukan reviu ke atas telefon pintar ini, masih banyak yang belum kami tahu tentang kemampuan sebenar Honor 10 Lite.

Berikut adalah 5 perkara menarik yang anda boleh lakukan dengan Honor 10 Lite.
5 Perkara menarik yang anda boleh lakukan dengan Honor 10 Lite 1

honor20Pro_malaysia_mobilefokus

Kamera selfie 24MP: Ambil gambar selfie yang melambangkan anda yang terbaik

Selfie kini merupakan satu kegilaaan buat semua tidak kira golongan muda ataupun tua dan ini menjadikan kamera selfie adalah salah satu ciri yang harus dipertimbangkan sebelum anda melakukan pembelian mana-mana telefon pintar.

Honor 10 Lite merupakan antara peranti yang memiliki teknologi kamera selfie terbaik. Ianya hadir dengan kamera selfie 24MP dengan teknologi light fusion 4-dalam-1 yang membolehkan lebih banyak cahaya ditangkap sebelum sesuatu gambar diambil khususnya pada waktu cahaya yang rendah.

Kamera selfie AI Honor 10 Lite juga hadir dengan kebolehan mengesan 8 senario penggambaran selfie dan turut mengoptimasi latar belakang gambar yang membolehkan anda lebih menonjol pada gambar.
5 Perkara menarik yang anda boleh lakukan dengan Honor 10 Lite 2

Fotografi malam setahap lebih maju dengan mod malam Honor 10 Lite AIS Night Mode

Aspek yang sering menghantui pemilik telefon pintar adalah pretasi teruk kamera pada waktu malam.

Walaubagamanapun, Honor 10 Lite hadir dengan teknologi penggambaran waktu malam yang kebiasaanya ditawarkan pada telefon pintar premium yang mempunyai harga ribuan ringgit.

Mod malam AIS Honor 10 Lite ini membolehkan anda mengambil gambar waktu malam yang mana dengan bantuan dwi-kamera AI dibelakang, Honor 10 Lite mampu mengesan dan menawarkan pengtasbilan bagi penggambilan gambar waktu malam yang mempunyai diambil dengan pendedahan yang lebih lama (sehingga 6 saat).

Hasil gambar yang diambil mungkin mengejutkan kerana ianya mampu mengambil gambar standing kamera profesional.

5 Perkara menarik yang anda boleh lakukan dengan Honor 10 Lite 3

Kamera AI yang lebih pintar – menyinar dengan kepintaran peranti

Ciri kamera ini mungkin lebih menarik bagi golongan wanita kerana gambar selfie anda kini akan lebih sempurna tanpa perlu anda melakukan sebarang edit atau filter tambahan.

ULASAN : Honor 10 Lite – telefon pintar bajet dengan Android Pie dan skrin dew drop

Dengan AI Beauty Algorithm yang baru, kamera selfie Honor 10 Lite menawarkan kebebasan untuk mengubah kesan kecantikan berdasarkan umur, jantina dan warna kulit bagi memberikan gambar selfie yang cantik namun masih mengekalkan keaslian wajah anda.

Terdapat 10 kesan kecantikan yang boleh anda ubah mengikut kesesuaian anda.

5 Perkara menarik yang anda boleh lakukan dengan Honor 10 Lite 4

Dwi-kamera AI – kesempurnaan pada setiap gambar yang diketik

Honor 10 Lite dilengkapkan dengan kombinasi kamera belakang 13MP + 2MP yang mana sensor utama memiliki aperture/1.8 dan ini membolehkan penerimaan cahaya 50% lebih banyak.

Dengan teknologi segmentasi semantic, kamera AI Honor 10 Lite mampu melaraskan tetapan penggambaran secara automatik mengikut keperluan atau keadaan persekitaran dimana sesuatu gambar itu hendak diambil.

Kamera AI Honor 10 Lite mampu mengesan hampir 500 senario gambar didalam dua kategori penggambaran yang memberikan pengguna tetapan terbaik  sebelum butang shutter ditekan.

5 Perkara menarik yang anda boleh lakukan dengan Honor 10 Lite 5

Telefon pintar budget dengan konfigurasi seperti kelas flagship

Dengan pemproses Kirin 710, Honor 10 Lite memberikan anda prestasi setanding telefon pintar flagship yang turut dipadankan dengan 3GB RAM selain dua kapasiti memori dalaman iaitu 32GB atau 64GB.

Selain itu, Honor 10 Lite juga hadir dengan skrin paparan yang terbaik pada tahap harga ini dan ini kami katakan selepas menghabiskan masa yang banyak bersama telefon pintar ini.

Honor 10 Lite juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,300mah dan ianya adalah sesuatu yang memadai bagi peranti kompak seperti ini namun sedikit terkilan dengan pengecasan yang masih dilakukan melalui slot microUSB.

Honor 10 Lite kini ditawarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan RM 699 RM749 bagi versi 32GB (warna biru gradiasi dan hitam) manakala versi 64GB pula hadir dengan harga RM 799 (warna merah gradiasi dan biru).

Honor 10 Lite kini boleh dibeli secara rasmi melalui rakan penjualan atas talian iaitu Lazada atau secara terus melalui stor rasmi Honor Malaysia di Hihonor

harimaubet