Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Realme 3 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia 21 Mac ini

Realme 3 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia 21 Mac ini 1

Realme Malaysia rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar Realme 3 akan dilancarkan di pasaran tempatan pada 21 Mac ini dan kami telah menerima jemputan ke majlis pelancaran ini.

Realme 3 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia 21 Mac ini 2

Realme 3 yang dilancarkan di pasaran India beberapa hari lalu hadir dengan reka bentuk yang lebih menarik, spesifikasi dalaman yang lebih terkini namun dijangka akan mengekalkan harga penjualan yang berpatutan.

Realme 3 hadir ini dengan skrin paparan waterdrop berukuran 6.2-inci dengan resolusi HD+, pemproses Helio P70 (Helio P60 bagi pasaran antarabangsa), dua konfigurasi RAM dan memori dalaman iaitu 3GB/32GB dan 4GB/64GB selain sokongan kad microSD sehingga 256GB.

Realme 3 juga hadir dengan tetapan dwi-kamera 13MPĀ  f/1.8 + 2MP dan terdapat mod kamera wakti malam yang dikenali sebagai Nightscape dan Chroma Boost.

Kamera selfie Realme 3 adalah unit 13MP dengan sokongan AI Facial Unlock dan terdapat juga sensor capjari dibelakang.

Realme 3 hadir dengan bateri berkapasiti 4,230mAh tanpa sebarang sokongan pengecasan pantas, UI ColorOS 6.0 dengan Android 9.0 Pie dari kotak.

Realme 3 dijangka akan hadir didalam tiga pilihan warna iaitu hitam dinamik , biru dan hitam.

Harga penjualan Realme 3 ini masih belum diketahui namun ianya berada pada kadar sekitar RM 600-800

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.