Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon Pintar Gaming Xiaomi Black Shark Dengan Waranti Rasmi Di Tawarkan Pada Harga Dari RM 1,599

Selepas pelancaran Razer Phone 2 ke pasaran Malaysia bulan lalu, Xiaomi kini membawa masuk telefon pintar gaming mereka yang tersendiri iaitu Black Shark dengan waranti rasmi daripada wakil pengedar sah di Malaysia (walaupun pelancaran rasmi telefon pintar ini adalah pada bulan April 2018).

Perkara ini telah disahkan oleh DirectD yang merupakan wakil penjual eksklusif dan tempahan bagi telefon pintar ini kini telah dibuka dan stok dijangka akan mula tiba pada 25 Februari 2019 dan anda akan turut menerima satu pad game Black Shark secara percuma.

Antara spesifikasi mengagumkan yang dimiliki oleh telefon pintar Black Shark adalah pemproses Qualcomm Snapdragon 845 dan bateri berkapasiti 4,000mAh ( dengan Quick Charge 3.0).

Bercakap mengenai spesifikasi yang dimiliki oleh telefon pintar Black Shark, ianya hadir dengan skrin paparan IPS LCD 18:9 berukuran 5.99-inci ( resolusi Full HD+), pemproses Snapdragon 845 dan GPU Adreno 630.

Bagi memastikan prestasi telefon pintar gaming ini yang optimum, Xiaomi turut menyertakan teknologi cecair penyejukan yang mampu menurunkan suhu CPU sebanyak 8° darjah berbanding suhu asal.

Bercakap mengenai RAM dan memori simpanan dalaman, Black Shark ditawarkan didalam dua konfigurasi iaitu 6GB + 64GB dan 8GB + 128GB.

Cip pemprosesan imej yang digunakan adalah dibekalkan oleh MEMC yang menghasilkan warna yang lebih tepat dan prestasi yang lebih lancar.

Telefon pintar gaming Black Shark ini hadir dengan satu pembesar suara namun dengan teknologi Biso Stereo.

Telefon pintar Black Shark ini juga mempunyai rangka berbentuk X bagi memberikan cengkaman yang lebih kukuh dan rangka ini turut digunakan sebagai antenna.

Black Shark juga hadir dengan sistem operasi Android Oreo dengan Joy UI.

Bercakap mengenai kamera pula, telefon pintar gaming ini memiliki tetapan dwi-kamera dibahagian belakang iaitu 12MP + 20MP manakala kamera selfie adalah 20MP.

Telefon pintar Black Shark ini hadir didalam warna hitam dengan harga penjualan seperti berikut (deposit RM 100)  :

Versi 6GB/64GB  – RM 1,599

Versi 8GB/128GB – RM 1,799

Tempahan boleh dibuat di laman Directd atau secara terus di mana-mana stor DirectD.

Tempah di laman rasmi DirectD

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.