Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 8X Edisi Phantom Blue Tiba Di Malaysia Mulai 15 Februari Pada Harga RM 949

Ketika pengumuman logo dan slogan Honor yang baru, Honor Malaysia telah mengesahkan bahawa Honor 8X didalam warna gradiasi Phantom Blue akan memasuki pasaran tempatan didalam masa terdekat dan masa itu nampaknya kini telah tiba.

https://mobilefokus.com/2018/11/20/mod-super-night-honor-8x-membawa-penggambaran-waktu-malam-ke-satu-tahap-yang-baru/

Mulai 15 Februari ini, Honor 8X didalam warna gradiasi biru phantom akan mula ditawarkan di Malaysia pada harga penjualan RM 949 dan ianya akan ditawarkan di laman rasmi Hihonor, Lazada dan Shopee. ( mulai jam 12 tengah malam).

Selain itu, jika anda berminat untuk memiliki telefon pintar ini secara fizikal, penjualan di stor Honor pula akan bermula pada 16 Februari 2019.

Warna gradiasi ini adalah sama seperti skema warna twillight yang ditawarkan pada telefon pintar Huawei P20 Pro.

Dengan warna baru ini, Honor 8X kini ditawarkan didalam empat warna iaitu termasuk hitam, biru dan merah ( beli Honor 8X didalam warna merah sempena hari valentines dan dapatkan Honor Band 3 secara percuma).

https://mobilefokus.com/2018/11/11/ulasan-honor-8x-lebih-banyak-ciri-ciri-telefon-pintar-flagship-pada-harga-rm-949/

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.