Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Razer Phone 2 telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada harga RM 3,449

 

Razer Phone 2 yang dilancarkan sebagai pengganti kepada Razer Phone kini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada harga penjualan RM 3,449.

Seperti pada Razer Phone, generasi kedua telefon pintar Razer turut hadir dengan skrin paparan 120Hz dengan sokongan HDR dan DCI-P3 gamut warna lebar yang menawarkan visual yang lebih baik ketika permainan video dan tontonan video.

Panel skrin ini dibekalkan oleh Sharp iaitu panel IGZO LCD dengan resolusi QHD dan nisbah 16:9.

Skrin paparan ini adalah 50% lebih cerah dengan penghasilan warna gelap yang tepat.

Razer Phone 2 hadir dengan pemproses Snapdragon 845 dan dengan sistem penyejukan ‘Vapor Chamber Cooling’, 8GB RAM, 64GB memori dalaman UFS dan slot microSD.

Razer Phone 2 juga memiliki bateri berkapasiti 4,000mAh yang kini menyokong pengecasan pantas QuickCharge 4.0+ dan pengecasan pantas tanpa wayar Qi sehingga 15W.

Razer Phone 2 hadir dengan reka bentuk berasaskan gelas dan aluminium CNC yang membolehkan penawaran pengecasan tanpa wayar dan dengan pensijilan IP67.

Logo Razer dibahagian belakang juga hadir dengan lampu RGB dan Chroma.

Bercakap mengenai kamera pula, Razer Phone 2 hadir dengan teknologi dwi-kamera yang jauh lebih baik berbanding Razer Phone yang pertama dan dibekalkan oleh Sony.

Dua sensor 12MP kini menghiasi panel belakang Razer Phone 2 dan satu adalah sensor biasa f/1.75 dengan pemfokusan auto Dual Pixel dan OIS manakala sensor kedua adalah telefoto dengan 2 kali pengzooman optik dan aperture f/2.6. Kamera selfie Razer Phone 2 adalah 8MP.

Rakaman video 2K kini pada kadar 60fps manakala video gerak perlahan adalah pada 120fps dengan resolusi 1080p.

Selain itu, Razer Phone 2 juga memiliki pembesar suara stereo dengan pensijilan Dolby Atmos, Android 8.1 Oreo ( Android Pie akan tiba tidak lama lagi).

Razer Phone 2 kini ditawarkan pada harga RM 3,449 dan pembelian boleh dilakukan melalui kedai elektronik seperti Thundermatch, All IT Hypermarket, PC Image dan banyak lagi.

Selain itu, Razer Phone 2 juga boleh dibeli secara atas talian melalui Lazada dan Shopee.

Bagi anda yang ingin memiliki Razer Phone 2 melalui syarikat telekomunikasi, telefon pintar ini akan ditawarkan oleh Maxis dan UMobile.

Maxis menawarkan Razer Phone 2 melalui program pembelian Zerolution atau melalui pelan MaxisONE 98 dan MaxisONE 188 dengan harga peranti serendah RM 2,029.

Razer Phone 2 hadir didalam tiga pelan pascabayar UMobile iaitu  Unlimited Hero P99 (RM 2,799) dan Unlimited Hero P139 (RM 2,299).

Bagi pelanggan UMobile yang layak, anda juga boleh membeli Razer Phone 2 secara ansuran untuk tempoh 24 bulan dengan bayaran RM 120 (Unlimited Hero P139) dan RM 129 (Unlimited Hero P99).

UMobile pula hadir dengan tawaran yang lebih menarik dimana 500 pembeli pertama akan menerima 100 Razer Gold (bernilai RM 100) yang boleh digunakan di stor tema Razer.

Selain itu, 50 pembeli pertama Razer Phone 2 di stor UMobile di Berjaya Time Square, Kuala Lumpur akan menerima 100 Razer Gold dan pek Razer Swag yang mengandungi Razer Hammerhead BT Headset, mug Razer Chroma, pelapik cawan Team, Razer baju kemeja-T Team Razer dan Lanyard Team Razer.

Ketahui tawaran bagi Razer Phone 2 di laman rasmi UMobile

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.