Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sertai Peraduan fotografi Honor View20 ‘ See The Unseen’ dan menangi Honor View20

Sertai Peraduan fotografi Honor View20 ‘ See The Unseen’ dan menangi Honor View20 1

Honor View 20 merupakan telefon pintar yang telah mendapat sambutan luar biasa di pasaran Malaysia dengan lebih 1,000 unit dijual didalam masa beberapa jam selepas penjualan dibuka.

Antara tarikan utama telefon pintar terbaru utama Honor ini adalah sensor kamera belakang 48MP Sony IMX586 yang mempunyai potensi luar biasa untuk menjadi kamera terbaik pada telefon pintar.

Honor View 20 dilancarkan secara rasmi dengan skrin paparan All View dan sensor kamera 48MP dengan harga dari RM 1,999

Dengan kelebihan ini, Honor telah mengumumkan penganjuran pertandingan fotografi Honor View 20 ‘ See The Unseen’ yang memberikan anda platform sesuai untuk menunjukkan kehebatan skil fotografi anda kepada dunia dan juga pada yang sama memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk Honor View 20.

Pertandingan fotografi Honor View20 ini turut disokong oleh blogger penggembaraan instagram terkenal iaitu Jack Morris dan Murad Osmann yang mana kedua-dua blogger ini akan menjadi mentor dan hakim bagi pertandingan fotografi selama dua bulan ini.

Terdapat tiga tema fotografi Honor View 20 ‘ See The Unseen’ ini iaitu ‘Unseen Love’; ‘Unseen Heroes’; and ‘Unseen World’.

Selain itu, Jack dan Murad akan memilih satu penyertaan terbaik yang akan ditampilkan di Honor Gallery.

Peraduan fotografi ini dibuka untuk semua pemilik telefon pintar Honor dan anda boleh memuat turun gambar ini di akaun instagram anda dan disertakan dengan #SeeTheUnseen dan #HONORMade atau muat naik terus di Honor Gallery di sini > Peraduan Fotografi Honor View20 See the Unseen

*peraduan tamat pada 25 Mac 2019

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.