Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nokia 3.1 Plus akan mula ditawarkan di Malaysia 25 Januari ini pada harga RM 699 sahaja

HMD Global secara rasminya telah mengesahkan bahawa Nokia 3.1 Plus akan ditawarkan di pasaran Malaysia mulai 25 Januari ini dengan harga penjualan RM 699.

Nokia 3.1 Plus hadir dengan reputasi sebagai telefon pintar dwi-kamera Nokia paling murah dan ianya turut merupakan model yang sebahagian dari keluarga Android One.

Nokia 3.1 Plus hadir dengan skrin paparan HD+ berukuran 6.0-inci dengan nisbah 18:9, pemproses Helio P22, 3GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,500mAh yang didakwa mampu memberikan pengunaan selama 2 hari.

Nokia 3.1 Plus ini juga hadir dengan tetapan kamera PDAF 13MP yang dipadankan dengan sensor 5MP untuk mengesan kedalaman imej belakang, membolehkan anda mengambil gambar ala studio profesional dengan pilihan tetapan tahap kekaburan bokeh dan membolehkan anda mengubah tahap kekaburan yang diingini selepas mengambil gambar.

Selain itu, Nokia 3.1 Plus ini turut dilengkapi dengan kamera swafoto 8MP, Android Oreo, slot microSD yang menyokong sehingga 400GB, sensor capjari dan aplikasi radio FM yang semakin pupus.

Nokia 3.1 Plus ini didatangkan didalam satu pilihan warna iaitu biru dengan harga penjualan RM 699 dan setiap pembelian telefon ini akan menerima sarung telefon tahan lasak, gelas perlindungan skrin dan powerbank 5,200mAh bernilai RM 109.

Pembelian boleh dibeli melalui wakil penjual sah produk Nokia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.