Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei MediaPad T5 10.1 tiba di Malaysia 28 Januari ini pada harga RM 999

Ketika pelancaran Huawei Nova 4 yang merupakan telefon pintar dengan reka bentuk skrin ‘punch’ fullview pertama di Malaysia, Huawei juga telah mengesahkan bahawa table Huawei MediaPad T5 10.1-inci akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 999.

Jika Huawei Nova 4 akan mula memasuki pasaran Malaysia pada 14 Februari 2019, Huawei MediaPad T5 10.1 telah disahkan akan mula ditawarkan pada 28 Januari ini.

Bercakap mengenai spesifikasi MediaPad T5 ini, ianya hadir dengan skrin paparan HD penuh IPS dengan resolusi 1920 x 1200 (224ppi) yang memiliki nisbah skrin kepada badan 76.4%.

Huawei MediaPad T5 ini juga memiliki dua pembesar suara yang diletakkan bersebelahan logo Huawei dan ianya mampu menawarkan pengalaman audio yang lebih imersif (Huawei Histen).

Selain itu, Huawei MediaPad T5 10.1-inci ini hadir dengan pemproses berprestasi tinggi 8-teras Kirin 659, 3GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 5,100mAh.

Selain itu, MediaPad T5 ini juga memiliki mod kanak-kanak, EMUI 8.0 berasaskan Android 8.0 Oreo, slot microSD, kamera belakang 5MP, kamera hadapan 2MP dan mod skrin waktu malam ‘Eye Comfort’.

Huawei MediaPad T5 10.1-inci ini boleh dibeli di semua stor Huawei, wakil penjual sah dan secara atas talian pada harga RM 999 dan setiap pembelian juga akan menerima sarung flip bernilai RM 119 secara percuma.

Huawei MediaPad T5 ini akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu hitam atau emas.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.