Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Huawei MateBook D – komputer riba dengan nilai belian terbaik

ULASAN : Huawei MateBook D - komputer riba dengan nilai belian terbaik 1

Huawei yang merupakan pengeluar telefon pintar No.2 dunia telah mencuba nasib didalam industri komputer riba dengan pelancaran dua model komputer riba dibawah nama Huawei MateBook iaitu Huaweu MateBook Pro X dan Huawei MateBook D.

Walaupun mengambil masa yang sedikit lama, Huawei telah membawa masuk kedua-dua komputer riba ini ke pasaran Malaysia.

Jika Huawei MateBook X Pro adalah versi yang lebih premium, Huawei MateBook D dilihat sebagai satu model yang mampu memberikan persaingan sengit kepada model komputer riba popular dipasaran.

Berikut adalah sebab-sebab kenapa Huawei MateBook D patut dipertimbangkan sebagai komputer riba yang patut anda miliki.

ULASAN : Huawei MateBook D - komputer riba dengan nilai belian terbaik 2

Skrin paparan IPS HD Penuh

Huawei MateBook D hadir dengan skrin paparan berukuran 14.0-inci namun apabila anda menggunakan komputer riba ini, anda pasti merasakan komputer riba ini sangat kompak dan ringan.

Skrin paparan Huawei MateBook D ini hadir dengan resolusi HD penuh 1920 x 1080 dengan sisi skrin dan profil keseluruhan yang sangat kompak.

Ini memberikan Huawei MateBook D nisbah skrin kepada badan yang sangat tinggi iaitu 81%.

ULASAN : Huawei MateBook D - komputer riba dengan nilai belian terbaik 3ULASAN : Huawei MateBook D - komputer riba dengan nilai belian terbaik 4

Sistem Suara Dolby Atmos

Huawei MateBook D hadir dengan sistem audio terbaik iaitu dengan pensijilan Dolby Atmos.

Dua pembesar suara yang diletakkan bersebelahan sisi kanan dan kiri komputer ini mampu menawarkan kualiti audio yang sangat terang dan kuat manakal dua lagi pembesar suara diletakkan dibahagian bawah untuk pengalaman audio luar biasa.

Kualiti bunyi yang ditawarkan pada Huawei MateBook D menjadikan ianya satu peranti yang mampu menawarkan pengalaman pelayaran internet dan gaming yang lebih imersif.

ULASAN : Huawei MateBook D - komputer riba dengan nilai belian terbaik 5

Log masuk komputer anda dengan capjari sahaja

Huawei MateBook D turut hadir dengan ciri keselamatan yang telah terbukti efektif iaitu sensor capjari yang dipadankan bersama-sama butang kuasa. 

Anda kini tidak perlu lagi menghafal kata kunci atau perlu menekan apa-apa input untuk mengakses komputer peribadi anda.

Pengunaan sensor capjari ini juga mempercepatkan proses log masuk kepada beberapa saat sahaja.

ULASAN : Huawei MateBook D - komputer riba dengan nilai belian terbaik 6

Jangka hayat bateri 12 jam

Huawei MateBook D ini mungkin mempunyai berat sekitar 1.47 kg sahaja, namun Huawei berjaya menyertakan bateri berkapasiti 57.4WH yang mampu menawarkan 12 jam pengunaan dan ianya turut hadir dengan teknologi penjimatan tenaga yang meningkatkan tahap cekap tenaga sebanyak 15%.

Pengecasan Huawei MateBook D ini dilakukan melalui slot USB-C dan ini membolehkan pengecasan dilakukan dengan lebih pantas dan efisen.

ULASAN : Huawei MateBook D - komputer riba dengan nilai belian terbaik 7

Pemproses Intel Core i5 generasi ke-8

Huawei MateBook D hadir dengan pemproses generasi ke-8 Intel i5 yang disertakan dengan kad grafik Intel UHD Graphics 620, 8GB RAM dan 256GB memori dalaman.

ULASAN : Huawei MateBook D - komputer riba dengan nilai belian terbaik 8

Hadiah percuma bernilai RM 923

Huawei MateBook D kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,888 dan Huawei juga menawarkan beberapa hadiah percuma seperti papan kekunci Bluetooth Huawei bernilai RM 249, Beg galas Huawei bernilai RM 249, Perisian Microsoft Home bernilai RM 359 dan dua hadiah misteri bernilai RM 28 dan RM 38.

Huawei MateBook D ditawarkan didalam satu pilihan warna iatu perak mistik dan pembelian boleh dibuat di stor atas talian rasmi Huawei atau di Lazada.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.