Huawei P30 dijangka akan hadir dengan 4 kamera dan zoom 10x
Dalam satu temu bual, Walter Ji, Presiden kumpulan perniagaan pengguna Huawei Eropah telah mendedahkan beberapa inovasi penting yang ditawarkan pada telefon pintar Huawei pada tahun 2019.
Seperti pada siri Huawei P20 dan Huawei Mate 20, kebanyakkan inovasi baru ini adalah pada bahagian kamera.
Pada 6 bulan pertama 2019, Huawei dijangka akan memperkenalkan telefon pintar dengan skrin boleh lipat selain telefon pintar 5G pertama Huawei.
Selain itu, Walter Ji juga mengesahkan bahawa telefon pintar kelas flagship dengan teknologi 4 kamera dibahagian belakang turut akan diperkenalkan dan ianya akan menyokong pengzooman 10x.
.Walaupun terlepas gelaran telefon pintar pertama didunia dengan teknologi 4 kamera kepada Samsung Galaxy A9(2018), Huawei dengan yakin mendakwa bahawa teknologi kamera ini akan lebih baik berbanding telefon pintar Samsung ini.
Huawei akan menjadi syarikat telefon pintar pertama didunia untuk menawarkan pengzooman 10x pada telefon pintar.
Buat masa ini masih belum ada maklumat samada pengzooman ini adalah menggunakan sensor sepenuhnya atau menggabungkan dengan pengzooman digital.
Huawei dijangka akan melancarkan telefon pintar terbaru didalam siri P pada suku pertama 2019 dan ianya mungkin hadir dengan nama Huawei P30 dan Huawei P30 Pro.