Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Magic 2 kini ditawarkan di Malaysia dengan harga dari RM 2698

Honor Magic 2 kini ditawarkan di Malaysia dengan harga dari RM 2698 1

Honor Magic 2 yang dilancarkan beberapa minggu lalu dipasaran China kini telah memasuki pasaran Malaysia dan ianya adalah set import yang ditawarkan oleh Mobile 2 Go.

Honor Magic 2 juga menjadi telefon pintar kedua untuk hadir dengan reka bentuk kamera selfie yang tersembunyi seperti pada Mi Mix 3 namun Honor Magic 2 hadir dengan 3 kamera dibahagian dan 3 kamera dibahagian belakang.

Honor Magic 2 kini ditawarkan di Malaysia dengan harga dari RM 2698 2

Honor Magic 2 juga hadir dengan skrin paparan AMOLED tanpa takukan berukuran 6.39-inci yang menawarkan resolusi 2340 x 1080( nisbah skrin kepada badan 91.3%), pemproses 7nm Kirin 980 dengan dual-NPU, tiga konfigurasi RAM dan memori dalaman iaitu 6GB/128GB, 8GB/128GB dan 8GB/256GB

Honor Magic 2 kini ditawarkan di Malaysia dengan harga dari RM 2698 3

Selain itu, Honor Magic 2 juga memiliki tetapan tiga kamera dibahagian belakang iaitu sensor utama 16MP f/1.8, sensor monokrom 24MP f/1.8 dan sensor lensa lebar 16MP f/2.2.

Honor Magic 2 kini ditawarkan di Malaysia dengan harga dari RM 2698 4

Pada peluncur Honor Magic 2, terdapat tiga kamera hadapan yang tersembunyi iaitu satu unit kamera 16MP f/2.0 yang dipadankan dengan dua kamera 2MP f/2.4 untuk mod bokeh dan 3D portrait.

Honor Magic 2 kini ditawarkan di Malaysia dengan harga dari RM 2698 5

Selain itu, Honor Magic 2 juga memiliki bateri berkapasiti 3,500mAh dengan teknologi pengecasan pantas Magic Charge 40W yang mampu memberikan 85% pengecasan didalam masa 30 minit, Android 9.0 Pie, slot dwi-SIM Nano dan GPS dwi-frekuensi.

Honor Magic 2 kini ditawarkan di Malaysia dengan harga dari RM 2698 6

Honor Magic 2 ini hadir didalam tiga pilihan warna iaitu hitam, merah dan biru dengan harga penjualan seperti berikut :

Honor Magic 2 6GB/128GB – RM 2,698

Honor Magic 2 8GB/128GB – RM 2,998

Honor Magic 2  8GB/256GB –  RM 3,298

Beli Honor Magic 2 melalui Mobile 2 Go di sini

Honor Magic 2 kini ditawarkan di Malaysia dengan harga dari RM 2698 7

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.