Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Realme 2 Pro mendapat sambutan yang baik di Malaysia

Telefon pintar Realme 2 Pro yang telah mula ditawarkan di Malaysia sejak 11 November dengan harga penjualan promosi dari RM 799 sahaja.

Jika penjualan pertama menyaksikan kesemua stok Realme 2 Pro habis disambar pengguna, penjualan pada 15.11 sempena Shopee ‘Men’s Festival’ juga menyaksikan 2,500 unit Realme 2 Pro habis didalam masa 3 jam.

Dengan prestasi penjualan yang sangat mengagumkan ini, Realme dilihat telah berjaya menambat hati pengguna di Malaysia didalam tempoh yang singkat.

Jika anda terlepas kedua-dua penjualan istimewa ini, Realme telah mengesahkan bahawa satu lagi penjualan khas Realme 2 Pro akan diadakan 21 November ini (tepat jam 9 pagi).

4GB RAM + 64GB ROM – RM 799 (Harga runcit biasa RM 849)

• 6GB RAM + 64GB ROM – RM 899 (Harga runcit biasa RM 949)

• 8GB RAM + 128GB ROM – RM 999 (Harga runcit biasa RM 1,099)

Untuk maklumat lanjut mengenai Realme 2 Pro di Shopee, sila layari laman sesawang :

https://shopee.com.my/realme.os

Baca reviu Realme 2 Pro kami dipautan dibawah :

https://mobilefokus.com/2018/11/05/ulasan-realme-2-pro-telefon-pintar-kelas-pertengahan-terbaik-di-pasaran/

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.