Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nokia 6.1 Plus dan Nokia 6.1 mula menerima Android 9.0 Pie

HMD Global secara rasminya telah mengumumkan bahawa Nokia 6.1 Plus dan Nokia 6.1 telah mula menerima kemaskini sistem operasi Android yang terbaru iaitu Android 9.0 Pie.

Nokia 6.1 Plus dan 5.1 Plus kini ditawarkan di Malaysia

Nokia 6.1 Plus yang dilancarkan baru-baru ini ke pasaran Malaysia bersama-sama Nokia 5.1 Plus telah mula menerima kemaskini Android Pie mulai 8 November manakala kemaskini Android Pie bagi Nokia 6.1 pula telah ditawarkan sejak 4 November yang lalu.

Kemaskini Android 9.0 Pie ini tiba ke Noki 6.1 Plus dan Nokia 6.1 selepas Nokia 7 Plus menerima kemaskini ini bulan lalu.

Nokia merupakan satu-satunya pengeluar telefon pintar dibawah program Android One sepenuhnya dan ini menjanjikan setiap peranti Nokia kemaskini sistem operasi Android untuk tempoh 24 bulan.

Nokia 6.1 Plus ini kini ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 1149 manakala Nokia 5.1 Plus pula mula ditawarkan baru-baru ini dengan harga penjualan RM 899

Nokia 5.1 Plus kini dijual di Malaysia dengan harga penjualan RM 899

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.