Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nokia 5.1 Plus dan Nokia 6.1 Plus kini ditawarkan di Malaysia

Nokia 5.1 Plus dan Nokia 6.1 Plus kini ditawarkan di Malaysia 1

Nokia 5.1 Plus dan Nokia 6.1 Plus kini ditawarkan di Malaysia 2

HMD Global secara rasminya telah melancarkan Nokia 5.1 Plus dan Nokia 6.1 Plus ke pasaran Malaysia.

Nokia 5.1 Plus dan Nokia 6.1 Plus kini ditawarkan di Malaysia 3

Nokia 5.1 Plus dan Nokia 6.1 Plus adalah nama antarabangsa bagi Nokia X5 dan Nokia X6 yang telah mula ditawarkan di pasaran China.

Nokia 5.1 Plus dan Nokia 6.1 Plus kini ditawarkan di Malaysia 4

Nokia 5.1 Plus ini hadir dengan skrin paparan HD+ berukuran 5.8-inci dengan nisbah skrin-kepada-rangka 84%, pemproses MediaTek Helio P60, 3GB RAM yang dipadankan bersama 32GB  storan dalaman.

Nokia 5.1 Plus ini juga hadir dengan sensor capjari dibahagian belakang, kamera utama 13MP + 5MP  dengan aperture f/2.0, kamera selfie 8MP dengan aperture f/2.2 yang turut menyokong mod AI Portrait.

Nokia 5.1 Plus dan Nokia 6.1 Plus kini ditawarkan di Malaysia 5

Nokia 5.1 Plus ini juga memiliki bateri berkapasiti 3,060mAh dan Sistem operasi Android 8.1 (Android One).

Nokia 5.1 Plus ini hadir didalam tiga pilihan warna iaitu hitam, tembaga dan biru.

Nokia 5.1 Plus dan Nokia 6.1 Plus kini ditawarkan di Malaysia 6

Bercakap mengenai Nokia 6.1 Plus pula, ianya hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 5.8-inci, pemproses Snapdragon 636, 4GB RAM dan 64GB memori simpanan dalaman.

Nokia 5.1 Plus dan Nokia 6.1 Plus kini ditawarkan di Malaysia 7

Nokia 6.1 Plus ini juga memiliki tetapan kamera 16MP + 5MP dengan sensor kedua adalah monokrom. Kamera selfie Nokia 6.1 Plus juga adalah unit 16MP ( dengan bantuan AI dan mod Bothie).

Nokia 5.1 Plus dan Nokia 6.1 Plus kini ditawarkan di Malaysia 8

Nokia 6.1 Plus ini juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,060mAh( USB-C), sensor capjari dibahagian belakang, bicu audio 3.5mm, Bluetooth 5.0 dan sistem operasi Android Oreo.

Nokia 5.1 Plus dan Nokia 6.1 Plus kini ditawarkan di Malaysia 9

Nokia 6.1 Plus ini akan ditawarkan didalam dua warna iaitu putih dan hitam.

Nokia 5.1 Plus dan Nokia 6.1 Plus kini ditawarkan di Malaysia 10

Nokia 6.1 Plus akan hadir dengan harga penjualan RM 1149 dan 2500 pembeli pertama akan menerima kotak hadiah eksklusif yang mengandungi kamera aksi, sarung pelindung peranti dan gelas gentian kaca (penjualan bermula hari ini).

Nokia 5.1 Plus dan Nokia 6.1 Plus kini ditawarkan di Malaysia 11

Nokia 5.1 Plus pula akan mula dijual pada pertengahan bulan Oktober namun harga penjualan masih belum diumumkan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.