Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

2,500 unit Realme 2 Pro berjaya dijual didalam masa 3 jam sahaja

2,500 unit Realme 2 Pro berjaya dijual didalam masa 3 jam sahaja 1

Realme 2 Pro, telefon pintar mampu milik terhangat dipasaran telah mula ditawarkan di Malaysia secara eksklusif di Shopee pada 11.11 yang lalu.

Selepas memecahkan pelbagai rekod penjualan dipasaran Indonesia dan India, Realme juga telah membuktikan bahawa Realme 2 Pro adalah peranti yang mampu menarik minat golongan muda.

2,500 unit Realme 2 Pro berjaya dijual didalam masa 3 jam sahaja 2

Pada hari penjualan 11.11 di Shopee, Sebanyak 2,500 unit Realme 2 Pro telah berjaya dijual dan ini menjadikanya produk paling laris pada kempen penjualan 11.11 ini. 

Secara kasarnya, Realme telah merekodkan penjualan minima sekitar RM 2 juta didalam masa 3 jam selepas telefon pintar Realme 2 Pro ini memasuki pasaran Malaysia (mengambil kira harga penjualan termurah Realme 2 Pro iaitu RM 799).

2,500 unit Realme 2 Pro berjaya dijual didalam masa 3 jam sahaja 3

Jika anda terlepas penjualan ini, Realme telah mengesahkan bahawa satu lagi penjualan khas akan diadakan pada 15 November (jam 9 pagi) dengan tawaran yang sama seperti penjualan pertama.

2,500 unit Realme 2 Pro berjaya dijual didalam masa 3 jam sahaja 4

Berikut adalah harga penjualan Realme 2 Pro pada 15 November ini :

4GB RAM + 64GB ROM – RM 799 (Harga  biasa ialah RM 849)

6GB RAM + 64GB ROM – RM 899 (Harga  biasa ialah RM 949)

8GB RAM + 128GB ROM – RM 999 (Harga  biasa ialah RM 1,099

klik di sini untuk ke > stor rasmi Realme di Shopee

ULASAN : Realme 2 Pro – telefon pintar kelas pertengahan terbaik di pasaran

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.