Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Bekas Perlindungan OtterBox bagi iPhone XR, iPhone XS dan iPhone XS MAX kini ditawarkan di Malaysia

Bekas Perlindungan OtterBox bagi iPhone XR, iPhone XS dan iPhone XS MAX kini ditawarkan di Malaysia 1

OtterBox, syarikat pengeluar bekas perlindungan telefon pintar telah mengumumkan penawaran bagi kesemua peranti Apple iPhone yang diumumkan pada bulan September yang lalu.

Model Apple iPhone yang kami maksudkan adalah Apple iPhone XR, iPhone XS dan iPhone XS MAX yang akan dibuka untuk tempahan di pasaran Malaysia mulai 19 Oktober ini.

OtterBox dan Apple iPhone bukanlah sesuatu yang asing kerana, syarikat ini telah mengeluarkan perkakas perlindungan sejak model iPhone 3GS kira-kira 11 tahun lalu.

Lifeproof secara rasminya telah melancarkan bekas pelindung iPhone XS, XS MAX dan XR

OtterBox adalah nama yang tidak asing didalam menyediakan bekas perlindungan terbaik bagi iPhone dan nama pertama yang terlintas apabila mengatakan mengenai bekas perlindungan terbaik dan menyeluruh adalah OtterBox.

Bekas Perlindungan OtterBox bagi iPhone XR, iPhone XS dan iPhone XS MAX kini ditawarkan di Malaysia 2

OtterBox telah mengesahkan bahawa bekas iPhone XR, iPhone XS dan iPhone XS akan ditawarkan didalam semua Symmetry Series, Pursuit Series, Defender Series, Commuter Series, Strada Series Folio, dan gelas perlindungan skrin Alpha Glass yang menyempurkan lagi penampilan telefon pintar terbaru Apple anda.

Apa yang menarik mengenai OtterBox ini adalah, syarikat ini akan mementingkan kesempurnaan dan buktinya adalah apabila setiap bekas perlindungan iPhone XR, iPhone XS dan iPhone XS Max ini harus melalui 24 ujian yang mengambil masa 238 jam sebelum diberikan hologram pensijilan OtterBox Certified Drop+ Protection.

Pensijilan unik ini memberikan jaminan bahawa telefon pintar terbaru anda akan dilindungi oleh jatuhan, lekukan, calar dan banyak lagi untuk satu tempoh yang panjang.

Berikut adalah harga bekas pelindung Apple iPhone XR, iPhone XS dan iPhone XS MAX mengikut siri yang ditawarkan oleh OtterBox

Symmetry Series RM169-239

Defender Series RM239-289

Pursuit Series RM298-319

Strada Series Folio RM219-259

Commuter Series RM129-169

Alpha Glass RM139-159 ( hanya ditawarkan bagi iPhone XS dan XS MAX manakala bagi iPhone XR akan tiba tidak lama lagi).

Maklumat lanjut mengenai bekas perlindungan OtterBox boleh diketahui di OtterBox.Asia

Bekas pelindung OtterBox ini boleh dibeli melalui laman sesawang rasmi OtterBox atau di stor atas talian rasmi OtterBox di Lazada Malaysia.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.