Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

UMobile akan menawarkan iPhone XR, iPhone XS dan XS Max – Apple AirPods percuma untuk pembeli terawal

UMobile akan menawarkan iPhone XR, iPhone XS dan XS Max - Apple AirPods percuma untuk pembeli terawal 1

Seperti kita sedia maklumat, trio Apple iPhone iaitu iPhone XR, iPhone XS dan iPhone XS Max akan mula dibuka untuk tempahan esok.

Selain tempahan melalui stor rasmi Apple, syarikat telekomunikasi UMobile kini telah mengesahkan akan menawarkan kesemua model ini mulai tarikh yang sama.

Bekas Perlindungan OtterBox bagi iPhone XR, iPhone XS dan iPhone XS MAX kini ditawarkan di Malaysia

UMobile akan menawarkan dua pelan bagi pembelian Apple iPhone XR, iPhone XS atau iPhone XS Max iaitu Hero Postpaid 99 dan pelan prabayar i40.

Selain itu, bagi 100 pembeli pertama yang menempah mana-mana mode iPhone dibawah pelan Hero Postpaid 99 akan menerima Apple AirPods bernilai RM 649 secara percuma.

UMobile akan turut mengadakan penjualan khas Apple iPhone XR, iPhone XS dan iPhone XS Max pada 26 Oktober (di UMobile Experience  Store Berjaya Times Square) dan 20 pembeli pertama akan menerima satu unit Apple iPhone 6S+ (32GB) secara percuma.

Selain itu, 80 pembeli seterusnya turut berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik daripada UMobile.

Maklumat lanjut di UMobile

UMobile akan menawarkan iPhone XR, iPhone XS dan XS Max - Apple AirPods percuma untuk pembeli terawal 2

berikut adalah harga penjualan rasmi kesemua model Apple iPhone 2018 iaitu iPhone XR, iPhone XS dan iPhone XS Max.

Apple iPhone XR 64GB – RM 3,599

Apple iPhone XR 128GB – RM 3,948

Apple iPhone XR 256GB – RM 4,299

Apple iPhone XS 64GB – RM 4,999

Apple iPhone XS 256GB – RM 5,699

Apple iPhone XS 512GB – RM 6,649

Apple iPhone XS Max 64GB – RM 5,399

Apple iPhone XS Max 256GB – RM 6,099

Apple iPhone XS Max 512GB – RM 7,049

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.