Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Razer Phone 2 dilancarkan secara rasmi sebagai pencabar terbaru Asus ROG Phone

Razer secara rasminya telah melancarkan telefon gaming generasi kedua iaitu Razer Phone 2 yang memberikan semula Razer kelebihan didalam kategori pasaran yang baru ini.

Seperti pada Razer Phone, generasi kedua telefon pintar Razer turut hadir dengan skrin paparan 120Hz dengan sokongan HDR dan DCI-P3 gamut warna lebar yang menawarkan visual yang lebih baik ketika permainan video dan tontonan video.

Panel skrin ini dibekalkan oleh Sharp iaitu panel IGZO LCD dengan resolusi QHD dan nisbah 16:9.

Skrin paparan ini adalah 50% lebih cerah dengan penghasilan warna gelap yang tepat.

Razer Phone 2 hadir dengan pemproses Snapdragon 845 dan dengan sistem penyejukan ‘Vapor Chamber Cooling’, 8GB RAM, 64GB memori dalaman UFS dan slot microSD.

Razer Phone 2 juga memiliki bateri berkapasiti 4,000mAh yang kini menyokong pengecasan pantas QuickCharge 4.0+ dan pengecasan pantas tanpa wayar Qi sehingga 15W.

Razer Phone 2 hadir dengan reka bentuk berasaskan gelas dan aluminium CNC yang membolehkan penawaran pengecasan tanpa wayar dan dengan pensijilan IP67.

Logo Razer dibahagian belakang juga hadir dengan lampu RGB dan Chroma.

Bercakap mengenai kamera pula, Razer Phone 2 hadir dengan teknologi dwi-kamera yang jauh lebih baik berbanding Razer Phone yang pertama dan dibekalkan oleh Sony.

Dua sensor 12MP kini menghiasi panel belakang Razer Phone 2 dan satu adalah sensor biasa f/1.75 dengan pemfokusan auto Dual Pixel dan OIS manakala sensor kedua adalah telefoto dengan 2 kali pengzooman optik dan aperture f/2.6. Kamera selfie Razer Phone 2 adalah 8MP.

Rakaman video 2K kini pada kadar 60fps manakala video gerak perlahan adalah pada 120fps dengan resolusi 1080p.

Selain itu, Razer Phone 2 juga memiliki pembesar suara stereo dengan pensijilan Dolby Atmos, Android 8.1 Oreo ( Android Pie akan tiba tidak lama lagi).

Razer Phone 2 hadir dengan harga penjualan $800(RM 3,320) namun buat masa ini masih belum ada tarikh penjualan diumumkan.

-malaysia

Persoalan sama ada Razer Phone 2 ini akan memasuki pasaran Malaysia secara rasmi tidak diketahui dan kita mungkin terpaksa bergantung kepada versi import yang ditawarkan oleh syarikat seperti Directd.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.