Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon Pintar Gaming Huawei Mate 20X akan dilancarkan pada 16 Oktober ini

Huawei Mate 20 dan Huawei Mate 20 Pro akan dilancarkan secara rasmi pada 16 Oktober ini dan satu kejutan terbaru yang baru diketahui adalah Huawei bakal melancarkan satu lagi versi Huawei Mate 20 dan ianya bukan Huawei Mate 20 Porsche Design.

Sebaliknya ianya adalah model yang akan memfokuskan kepada gaming dan Huawei telah memberikan teaser awal telefon pintar ini melalui akaun twitter Huawei.

Telefon pintar ini nampaknya akan dikenali sebagai Huawei Mate 20X dan ianya akan memfokuskan kepada gaming selain kapasiti bateri yang lebih besar.

Huawei Mate 20X ini juga dijangka akan hadir dengan teknologi penyejukan cecair yang akan mengekalkan peranti ini pada suhu yang optimum walaupun dengan sesi gaming yang berterusan.

5 Fakta Pemproses Kirin 980 Yang Anda Perlu Tahu

Huawei Mate 20X ini mungkin hadir dengan skrin paparan yang lebih besar iaitu sekitar 7.21-inci dan akan turut memiliki pemproses Kirin 980 yang telah dilancarkan di IFA 2018 bulan lalu.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.