Video teaser Huawei Mate 20 Pro mengesahkan modul kamera empat segi
Selepas pelancaran pemproses Kirin 980 di IFA Berlin awal bulan ini, Huawei telah mengesahkan bahawa telefon pintar pertama dengan pemproses terbaru ini akan dilancarkan pada 16 Oktober 2018.
Telefon pintar yang dimaksudkan adalah Huawei Mate 20 dan Huawei Mate 20 Pro.
Huawei Mate 20 dan Huawei Mate 20 Pro akan dilancarkan secara rasmi pada 16 Oktober
Huawei telah memuat turun satu video teaser mengenai telefon pintar ini dan ianya memberikan petunjuk bahawa telefon pintar ini akan memiliki modul kamera empat segi.
Tetapan kamera yang akan digunakan pada Mate 20 Pro telah membuat penampilan tidak rasmi di IFA dan ianya memperlihatkan pengunaan tiga sensor kamera dan satu flash LED yang membentuk segi empat.
Selain Mate 20 Pro, Huawei Mate 20 juga dijangka akan hadir dengan tetapan modul empat segi ini namun tidak dapat dipastikan samada Mate 20 juga akan memiliki tiga sensor kamera.
Pada bahagian hadapan, Huawei Mate 20 akan hadir dengan skrin paparan dengan reka bentuk takukan “water-drop” manakala Huawei Mate 20 Pro akan memiliki skrin paparan dengan takukan tradisional yang akan menempatkan sensor pengecaman wajah.
Apa pun segala persoalan mengenai Huawei Mate 20 dan Huawei Mate 20 Pro akan terjawab pada 16 Oktober nanti.