Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kemaksini Apple iOS 12 kini ditawarkan di Malaysia

 

Apple secara rasminya telah mula menawarkan kemaskini sistem operasi terbaru Apple iOS 12.

Kemaksini Apple iOS 12 adalah kemaksini sistem operasi yang lebih memfokuskan kepada pretasi dalaman dan beberapa penambahan ciri baru seperti Memoji, aplikasi Screentime, pengumpulan notifikasi mengikut jenis aplikasi dan banyak lagi.

Selain itu, Apple iOS 12 juga menjanjikan operasi peranti lebih pantas berbanding iOS 11 dan ianya disokong bagi semua model iPhone 5S (yang berusia 5 tahun) dan ke atas.

 

Apple menjanjikan pembukaan kamera 50% lebih pantas, 70% paparan papan kekunci dan  pembukaan aplikasi 2x lebih pantas ketika pengunaan berat.

Berikut adalah model-model iPhone, iPad dan iPod yang akan menyokong kemaksini iOS 12.

Model iPhone yang menyokong iOS 12 adalah iPhone 5s, iPhone SE, iPhone 6, iPhone 6 Plus, iPhone 6S, iPhone 6S Plus, iPhone 7, iPhone 7 Plus, iPhone 8, iPhone 8 Plus dan iPhone X.

Selain iPhone, iPad juga akan menerima kemaskini iOS 12 bermula dari iPad Mini 2 selain iPod Touch generasi ke-6.

Kemaksini iOS 12 boleh dibuat secara OTA mahupun melalui iTunes dan kami menyarankan anda melakukan backup sebelum mengemaskini ke sistem operasi terbaru Apple ini.

Maklumat lanjut mengenai iOS 12 di SiNi

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.