Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI meningkatkan pengalaman #Travelwithnova melalui HUAWEI Histen 5.0

Apabila sedang bercuti, banyak perkara yang boleh menjadikan percutian anda menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan.

Salah satu perkara tersebut adalah mendapatkan pengalaman muzik yang hebat. Tidak dapat dinafikan, mempunyai tingkat kualiti muzik yang tinggi setiap masa adalah penting untuk memastikan setiap saat bersama keluarga dan rakan-rakan dihargai.

Sehubungan dengan itu, HUAWEI telah memperkenalkan sistem audio 3D berbilang saluran Histen 5.0 dengan sokongan bunyi surround 7.1.

Membolehkan pengguna menikmati pengalaman muzik yang lebih menarik – peranti yang dibina di dalam HUAWEI nova 3 and 3i mampu menganalisis kandungan audio secara automatik dan mengaplikasikan tetapan penyamaan terbaik dalam mod audio pintar yang dikuasakan oleh fon telinga / fon kepala.

Di samping itu, Histen 5.0 menyokong penyegerakan pada pelbagai peranti dan bunyi surround 3D pada saluran yang berbeza.

Sistem pemprosesan berintegrasi AI ini mampu mengesan dan menguatkan tingkat suara daripada yang paling rendah kepada yang paling tinggi. Fungsi ini sangat berguna dalam pelbagai keadaan, sebagai contoh di dalam bilik mesyuarat.

Ia juga mampu meningkatkan tingkat suara dan Mampu mengeluarkan bunyi-bunyi dalam panggilan yang diambil dalam persekitaran yang bising – misalnya di lapangan terbang. Sistem ini memastikan pengguna dapat berbual dalam suasana berkualiti tinggi.

Apa lagi yang HUAWEI tawarkan? HUAWEI juga memberi pengguna “Party Mode” di mana ciri ini membolehkan pengguna menyambungkan beberapa peranti HUAWEI nova untuk memainkan muzik pada masa yang sama untuk memastikan kebahagiaan anda dikongsi di kalangan kalangan sosial anda.

Ciri ini boleh didapati dalam kedua-dua HUAWEI nova 3 dan nova 3i.

Bersempena dengan cuti panjang bulan ini, HUAWEI telah mencipta dua senarai lagu nova untuk mengiringi pengguna nova semasa menikmati percutian yang menyeronokkan. Senarai lagu tersebut memaparkan lagu-lagu terkini dan lagu-lagu klasik yang dicipta untuk memenuhi citarasa pengguna.

 

Hot hits: klik di SiNi

Blast from the past: klik di SiNi

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.