Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Cukai SST tidak dikenakan bagi pelanggan prabayar

Mulai 1 September 2016, cukai SST telah mula dikuat kuasakan dan bagi industri telekomunikasi negara, cukai perkhimatan sebanyak 6% telah dikenakan bagi pelanggan pascabayar dan prabayar.

Jika cukai 6% yang dikenakan bagi pelanggan pascabayar adalah sama seperti cukai GST yang dikenakan sebelum ini, ramai pelanggan prabayar yang tidak puas hati dengan tindakan syarikat telko ini mengenakan cukai yang sama bagi pelanggan prabayar.

Terdapat laporan yang mengatakan, dengan menambah nilai RM 10, anda hanya menerima kredit RM 9.43 sahaja.

Mengulas mengenai masalah, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng syarikat telekomunikasi mesti memberikan RM 10 kredit apabila pelanggan menambah nilai dan cukai SST 6% tidak boleh dikenakan kepada pelanggan ini.

Lim Guan Eng berkata isu ini akan ditangani dengan segera dan senarai perkhimatan dan barangan yang dikecualikan SST akan dikemaskini dari semasa ke semasa sehingga penghujung tahun ini.

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.