Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sony Xperia XZ3 dilancarkan secara rasmi dengan kamera MotionEye

Sony Xperia XZ3 dilancarkan secara rasmi dengan kamera MotionEye 1

Sony secara rasminya telah melancarkan telefon pintar utama mereka iaitu Xperia XZ3 yang hadir dengan skrin paparan HDR OLED yang melengkung.

Sony Xperia XZ3 hadir dengan skrin paparan 18:9 berukuran 6.0-inci dengan resolusi QHD+ (1440 x 2880) yang meletakkanya sebagai telefon pintar dengan skrin paparan terbaik dipasaran.

Sony Xperia XZ3 dilancarkan secara rasmi dengan kamera MotionEye 2

Sony Xperia XZ3 hadir dengan reka bentuk yang sedikit berbeza berbanding generasi Xperia XZ sebelum ini namun masih mengekalkan pengunaan Corning Gorilla Glass 5 pada bahagian hadapan dan belakang (dengan pensijilan kalis air dan habuk IP65/68).

Xperia XZ3 hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845, 4GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,300mAh dengan pengecasan Qnovo.

Sony Xperia XZ3 dilancarkan secara rasmi dengan kamera MotionEye 3

Xperia XZ3 hadir dengan teknologi kamera yang sama seperti pada Xperia XZ2 iaitu unit kamera 19MP dengan teknologi MotionEye yang menyokong rakaman video 4K, video gerak perlahan pada kadar 960fps (resolusi 1080p) dan 3D Creator yang turut boleh dilakukan menggunakan kamera selfie.

Sensor ini turut memiliki pemfokusan auto laser, PDAF dan algoritma pemprosesan BIONZ yang terkini.

Sony Xperia XZ3 dilancarkan secara rasmi dengan kamera MotionEye 4

Kamera selfie Xperia XZ3 telah ditambah baik, ianya memiliki sensor kamera 13MP f/1.9 dengan pemfokusan auto.

Sony Xperia XZ3 dilancarkan secara rasmi dengan kamera MotionEye 5

Sony Xperia XZ3 juga hadir dengan sokongan NFC, slot microSD, Bluetooth 5.0, WiFi ac dual-band, sensor capjari belakang dan teknologi Side Sense.

Sony Xperia XZ3 dilancarkan secara rasmi dengan kamera MotionEye 6

Salah satu tarikan terbesar pada Sony Xperia XZ3 adalah Android 9.0 Pie menjadikanya antara telefon pintar terawal untuk hadir dengan sistem operasi terkini Android.

Sony Xperia XZ3 dijangka akan memasuki pasaran pada penghujung bulan September dengan harga penjualan €799 atau sekitar RM 3,830.

Sony Xperia XZ3 dilancarkan secara rasmi dengan kamera MotionEye 7

Buat masa ini masih belum ada sebarang maklumat samada telefon pintar ini akan memasuki pasaran Malaysia ataupun tidak.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.