Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Stor rasmi TMT oleh Thundermatch kini di Shope

Gedung IT terkemuka di Malaysia iaitu Thundermatch secara rasminya telah melancarkan stor atas talian rasmi mereka di platform Shopee.

TMT by Thundermatch adalah nama rasmi bagi stor atas talian ini dan ianya akan menawarkan hampir 2,400 produk yang dijual di stor fizikal di stor atas talian TMT.

Antara barangan elektronik yang boleh dibeli di TMT di Shopee adalah gajet elektronik, komputer riba, skrin monitor, alat pendengaran, komponen komputer dan telefon pintar.

Sempena promosi pembukaan, TMT akan menawarkan bauchar bernilai RM 50 bagi pembelian minimum 1,500 manakala dengan pembelian RM 2,500 ke atas akan membolehkan anda menerima bauchar bernilai RM 100.00

Selain itu, bagi 9 pembeli terbanyak di Stor TMT Shopee untuk setiap dua minggu berpeluang memenangi wang tunai bernilai sehingga RM 100,000 ( kempen ini berlangsung dari 20 Ogos sehingga 19 September 2018).

Selain itu, Thundermatch juga akan menjenama semula 95 stor fizikal mereka kepada TMT menjelang penghujung tahun ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.