Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Mercedes-Benz C-Class baru dilancarkan secara rasmi di Malaysia

Ini mungkin sesuatu yang luar dari bidang kami, namun mencuba sesuatu yang baru sudah pastinya memberikan satu cabaran dan ini adalah laporan mengenai pelancaran kereta Mercedes-Benz C-class yang baru.

Mercedes Benz Malaysia secara rasminya telah melancarkan 4-model kereta baharu didalam siri S-Class yang dilihat sebagai kemuncak kepada kemewahan.

4 model Mercedes-Benz yang dilancarkan adalah S 450L, S 550 Cabrio, Mercedes-AMG S 63 Coupé dan Mercedes-Maybach S 560 Carbriolet.

Berikut adalah sedikit sebanyak spesifikasi Mercedes S 450 L

Kapasiti enjin : 2,999cc

Output : 270kW – 367hp

Torque maksima : 500 Nm

Pengunaan minyak : 8.4 liter per 100 km

Kelajuan maksima : 250km/jam (0-100km 5.4 saat)

Harga : RM 699,888 tanpa insurans ( RM 705,888 bagi warna designo).

Beralih kepada Mercedes-Benz S 560 Cabriolet, ianya hadir dengan spesifkasi seperti berikut :

Kapasiti enjin : 3,982 cc

Output : 345kW  – 469hp

Torque maksima : 700 Nm

Pengunaan minyak : 10.3 liter per 100 km

Kelajuan maksima : 250km/jam (0-100km 4.6 saat)

Harga : 1,310,662.21 – tanpa insurans

Mercedes-Benz S 560 Cabriolet ini juga hadir dengan pad pengecasan tanpa wayar Qi dibahagian hadapan dan belakang, sokongan Apple CarPlay dan Google Android Auto. Selain itu, jika disambungkan melalui USB, pelanggan boleh memilih untuk menggunakan CarPlay atau Android Auto.

Beralih kepada kereta yang lebih sporti atau mementingkan prestasi dan kemewahan iaitu Mercedes-AMG S-63 Coupé yang hadir dengan enjin biturbo V8 4.0 liter yang boleh mencapai kelajuan maksima 300km/jam.

Berikut adalah spesifikasi Mercedes-AMG S-63 Coupé :

Kapasiti enjin : 3,982 cc

Output : 450kW  – 612hp

Torque maksima : 900Nm

Pengunaan minyak : 10.1 liter per 100 km

Kelajuan maksima : 300km/jam (0-100km 4.2 saat)

Harga : 1,461,605.60 – tanpa insurans

Model keempat yang ingin kami perkatakan adalah Mercedes-Maybach S 560 yang boleh dianggap sebagai model flagship S-Class yang merupaka ikon kemewahan terbaik automobil.

Mercedes-Maybach S 560 ini hadir didalam dua kapasiti enjin iaitu V8 dan V12 dengan harga penjualan yang bermula dari RM 1.4 juta dengan pelbagai pilihan untuk mempersonalisasikan kereta ini.

Mercedes-Maybach S 560 hadir dengan spesifikasi seperti berikut : 

Kapasiti enjin : 3,982 cc

Output : 345 kW – 469hp

Torque maksima : 700Nm

Pengunaan minyak : 10.1 liter per 100 km

Kelajuan maksima : 250km/jam (0-100km 4.2 saat)

Harga :  dari 1,400,000.00 – tanpa insurans.

Maklumat lanjut mengenai keempat empat model S-Class ini boleh di ketahui di laman sesawang rasmi Mercedes-Benz Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.