Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asphalt 9 : Legends kini ditawarkan bagi peranti Android dan iOS

Asphalt 9 : Legends kini ditawarkan bagi peranti Android dan iOS 1

Gameloft secara rasminya telah mula menawarkan francis terbaru permainan video perlumbaan kereta yang popular iaitu Asphalt 9 : Legends.

selepas sebelum ini ditawarkan bagi penguji beta, Asphalt 9: Legends telah mula ditawarkan bagi peranti Android dan iOS.

Asphalt 9 : Legends kini ditawarkan bagi peranti Android dan iOS 2

Siri ke-9 Asphalt ini hadir dengan grafik yang lebih baik berbanding Asphalt 8 : Airbone yang dilancarkan 5 tahun lalu dan turut menyaksikan ciri ‘Nitro Shockwave’ dikekalkan sejak dari Asphalt 6: Adrenaline.

Antara ciri baru yang ditambah pada Asphalt 9 : Legends adalah lebih banyak kereta berprestij, sistem navigasi dan pertandingan yang baru.

Asphalt 9 : Legends kini ditawarkan bagi peranti Android dan iOS 3

Bagi peranti iOS , Asphalt 9 ini disokong bagi model iPhone 5s dan ke atas selain pelbagai model Apple iPad ( senarai penuh boleh anda lihat dibawah).

Asphalt 9 : Legends kini ditawarkan bagi peranti Android dan iOS 4

Bagi peranti Android, senarai peranti yang disokong sudah pastinya lebih besar dan boleh menyemak sama ada peranti anda menyokong permainan Asphalt 9 : Legends ini di Google Play Store atau dengan menekan pautan dibawah.

Asphalt 9 : Legends kini ditawarkan bagi peranti Android dan iOS 5

Asphalt 9 : Legends Android

Asphalt 9 : Legends iOS

Selain bagi platform Android dan iOS, Asphalt 9 : Lehends ini turut ditawarkan pada platform Windows 10 yang anda boleh semak di sini

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.