Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Perkhidmatan McDonalds McDelivery kini beroperasi 24-jam sehari

Perkhidmatan McDonalds McDelivery kini beroperasi 24-jam sehari 1

Francis makanan terkemuka di Malaysia, McDonalds Malaysia hari ini telah mengumumkan pelan ekspansi perkhidmatan penghantaran mereka iaitu McDelivery.

Perkhidmatan penghantaran McDonalds McDelivery kini akan beroperasi selama 24 jam sehari membolehkan anda menikmati makanan kegemaran anda pada bila-bila masa dimana sahaja.

Perkhidmatan McDonalds McDelivery kini beroperasi 24-jam sehari 2

Dengan kerjasama FoodPanda, McDonalds McDelivery akan menawarkan perkhidmatan penghantaran ini selama 24 jam di seluruh Malaysia.

Perkhidmatan McDonalds McDelivery kini beroperasi 24-jam sehari 3

Tempahan makanan kegemaran McDonalds anda boleh dibuat melalui aplikasi McDonalds yang ditawarkan di Google Play Store dan Apple App Store.

McDonalds McDelivery juga mensasarkan untuk mempunyai 310 titik penghantaran menjelang penghujung tahun ini dan menjelang 2025, 90% restoran McDonalds akan mempunyai perkhidmatan penghantaran McDelivery.

Perkhidmatan McDonalds McDelivery kini beroperasi 24-jam sehari 4

Selain itu, McDonalds juga akan menganjurkan kempen penghantaran McDelivery oleh Fattah Amin dan Fazura melalui kempen “#fattzura hantar McD” mulai 1 hingga 15 Ogos 2018.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.