1,000 unit Huawei Nova 3i dibeli pada hari pertama penjualan di IOI City Mall
Selepas dilancarkan secara rasmi pada 19 Julai lalu, penjualan bagi Huawei Nova 3i telah bermula semalam di IOI City Mall dan sambutan pada hari pertama penjualan di roadshow ini adalah amat menggagumkan.
Huawei telah mengesahkan bahawa 1,000 unit Nova 3i telah berjaya dijual pada hari pertama dan pembeli telah mula beratur sejak 8 pagi dan telah dihadiri oleh beberapa celebriti tempatan termasuk Hannah Delisha.
Nova 3i adalah telefon pintar pertama Huawei untuk hadir dengan pemproses Kirin 710 dan ianya memiliki skrin paparan LTPS Fullview FHD+ berukuran 6.3-inci dengan nisbah 19:9.
Seperti Nova 3, Huawei Nova 3i juga memiliki 128GB storan dalaman namun hanya dengan 4GB RAM, sokongan GPU Turbo ( akan ditawarkan mulai kemaskini perisian pada 8 Ogos) dan bateri berkapasiti 3,340mAh.
Pada bahagian kamera pula, Huawei Nova 3i ini memiliki kombinasi dwi-kamera 16MP + 2MP manakala kamera selfie adalah 24MP Fusion Pixel + 2MP.
Huawei Nova 3i juga hadir dengan teknologi GPu Turbo, EMUI 8.2 berasaskan Android 8.2 Oreo, slot dwi-SIM, Huawei Histen, 3D Qmoji Bluetooth 4.2 dan sensor capjari.
Huawei Nova 3i akan ditawarkan di Malaysia mulai 28 Julai 2018 dengan harga penjualan RM 1,249 dan 1,000 pembeli pertama Huawei Nova 3i di roadshow ini telah Huawei Bluetooth earpiece, jam Huawei Band A2 dan kemeja-t Nerd Unit dan pakej eksklusif tambahan bernilai RM 1,000.
Bagi anda yang tertanya-tanya mengenai Huawei Nova 3, ianya akan mula dijual di Malaysia pada 17 Ogos 2018 dengan harga penjualan RM 1,899.