Huawei Nova 3E akan dilancarkan di Malaysia pada 22 Mei ini
Huawei Mobile Malaysia kini telah mengesahkan bahawa Nova 3E akan memasuki pasaran Malaysia pada 22 Mei ini.
Huawei Nova 3E ini akan hadir dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 5.84-inci dengan resolusi FHD+ (1080 x 2280) dan mempunyai reka bentuk hampir sama seperti Huawei P20 dan Huawei P20 Pro yang telah dilancarkan secara rasmi pada 27 Mac yang lalu .
Selain itu, Huawei Nova 3E akan turut memiliki lekukan pada skrin hadapan dan ianya akan menempatkan kamera selfie 24MP.
Beralih kepada kamera utama pula, Huawei Nova 3E akan memiliki kamera 16MP yang disertakan dengan sensor 2MP khususnya untuk pengambilan gambar portrait dan tiada sebarang kerjasam Leica pada model ini.
Huawei Nova 3E akan turut hadir dengan pemproses Kirin 659 yang disertakan dengan 4GB RAM dan 64GB memori simpanan dalaman.
Selain itu, Huawei Nova 3E akan turut hadir dengan bateri berkapasiti 3,000mAh, sensor capjari dibahagian belakang dan EMUI 8.0 yang berasaskan Android 8.0 Oreo.
Pelancaran Huawei Nova 3E di Malaysia akan berlangsung pada hari yang sama Honor 10 akan dilancarkan di Malaysia sebelum Oppo R15 Pro dilancarkan dua hari kemudian .