Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 10 dilancarkan secara rasmi dengan kamera AI dan sensor capjari Ultrasonic

Honor 10 yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini telah dilancarkan secara rasmi.

Honor 10 hadir dengan reka bentuk berasaskan gelas 3D yang mempunyai kemasan seperti cermin di bahagian belakang.

Warna kemasan belakang Honor 10 adalah berasaskan kejadian semula jadi seperti ombak dan aurora.

Honor 10 ini hadir dengan skrin paparan IPS LCD 19:9 berukuran 5.84-inci dengan resolusi 1080 x 2,280 piksel memberikan kepadatan piksel 432ppi.

Bagi pasaran Malaysia, Honor 10 akan ditawarkan dengan pemproses Kirin 970 dengan 4GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman ( versi 64GB juga ditawarkan namun tidak memasuki pasaran Malaysia).

Satu lagi ciri yang menarik perhatian kami adalah pengunaan sensor capjari terbina didalam skrin yang dikenali sebagai ‘ultrasonic fingerprint’ yang boleh digunakan walaupun dengan jari yang basah.

Ini bermaksud keseluruhan bahagian hadapan adalah dipenuhi dengan skrin dan tiada sebarang potongan untuk sensor capjari seperti pada telefon pintar lain di pasaran.

Bercakap mengenai bahagian kamera pula, Honor 10 memiliki tetapan dwi-kamera yang mempunyai posisi tradisional secara melintang dan bukanya menegak seperti pada P20 dan P20 Pro.

Ianya adalah unit kamera 16MP sensor RGB dengan aperture f/1.8 manakala sensor monokrom adalah unit 24MP. 

Kamera belakang ini kehilangan kerjasama Leica namun dilihat masih mampu menawarkan pengalaman kamera setanding dengan Huawei P20.

Tempat penjenamaan Leica diambil alih oleh AI yang mempunyai pengaruh besar pada bahagian kamera Honor 10 dimana AI membantu kamera Honor 10 menawarkan tetapan terbaik bagi 500+ kategori didalam 22 jenis adengan.

Kamera selfie Honor adalah 24MP juga sokongan AI dan kebolehan merakam video 1080p manakala kamera belakang mampu mengambil video pada kadar 4k dan dengan pengstabilan Honor EIS

Honor 10 juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,400mAh yang turut memiliki sokongan pengecasan HonorCharge 4.5A yang mampu menawarkan pengecasan ke tahap 50% didalam masa 25 minit sahaja (USB-C).

Tidak seperti pada Huawei P20 dan Huawei P20 Pro, Honor 10 masih mengekalkan slot audio 3.5mm dengan DAC 32-bit AK4376A dan teknologi audio Huawei Histen.

Huawei Honor 10 akan ditawarkan didalam 4 warna iaitu dua warna aurora ungu,aurora hijau, hitam dan kelabu dengan harga penjualan €399.9 bagi versi 64GB dan €449.9 bagi versi 128GB ( harga di Eropah).

Bercakap mengenai pelancaran di Malaysia, Honor 10 akan tiba ke pasaran Malaysia pada 22 Mei ini iaitu hanya 7 hari selepas pelancaran global.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.