Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sony Xperia X kini dibuka untuk tempahan, RM 2499

Xperia-X-Colours

Minggu lalu kami telah melaporkan bahawa Sony Xperia X dan Xperia XA telah dikesan di pangkalan data SIRIM dan kini harga penjualan salah satu model Xperia ini telah diumumkan.

Sony Xperia X telah disahkan akan mempunyai harga penjualan RM 2499 termasuk GST dan tempahan bagi model telefon pintar ini kini telah dibuka melalui kedai atas talian rasmi Sony Malaysia.

Dengan pembelian Sony Xperia X ini, pengguna akan juga menerima perkakas Sony Style Cover, skrin perlindungan dan kad memori microSD 64GB.

Sony Xperia X dan Xperia XA juga telah disahkan akan dilancarkan dipasaran Malaysia minggu ini namun masih tiada sebarang maklumat mengenai status kemasukan Xperia X Performance ke pasaran Malaysia.

Sony Xperia X ini hadir didalam 4 warna iaitu emas ros , hijau ‘lime’ , hitam dan putih.

tempah Xperia X di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.