Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy J3 Pro diumumkan secara rasmi

j3 pro

Samsung secara rasminya telah melancarkan satu lagi telefon pintar baru mereka dan kali ini tibalah giliran siri Galaxy J menerima keluarga baru.

Samsung Galaxy J3 Pro telah dilancarkan secara rasmi dan seperti biasa pasaran China menjadi negara pertama menerima model ini.

Bercakap mengenai spesifikasi Galaxy J3 Pro ini, ianya hadir dengan skrin paparan HD berukuran 5.0-inci, pemproses quad-core berkelajuan 1.2GHz, 2GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 2,600mAh.

Selain itu, Galaxy J3 Pro juga hadir dengan kamera utama 8MP , kamera selfie 5MP , sistem operasi Android 5.1 Lollipop ( TouchWiz UI) , sokongan 4G LTE dan dua slot SIM.

Beralih kepada harga, Samsung Galaxy J3 Pro telah disahkan akan mempunyai harga penjualan CNY 999 di China iaitu sekitar RM 617 dan hadir didalam dua warna iaitu kelabu dan emas.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.