Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xperia X dan Xperia XA telah dikesan di pangkalan data SIRIM

Xperia-X-Colours

Telefon pintar terbaru daripada Sony didalam siri Xperia X iaitu Xperia X dan Xperia XA nampaknya semakin hampir memasuki pasaran Malaysia selepas kedua-dua model telefon pintar ini telah dikesan di pangkalan data SIRIM.

Kedua-dua telefon pintar ini telah diumumkan di MWC 2016 bersama-sama satu lagi model didalam siri ini iaitu Xperia X Performance.

Dengan pensijilan SIRIM, kita boleh menjangkakan telefon pintar ini memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Selain itu, kami juga dapat mengesahkan bahawa kedua-dua model telefon pintar siri Xperia X ini akan hadir didalam versi dwi-SIM dan dijangka akan dikenali sebagai Xperia X Dual dan Xperia XA Dual.

Maklumat spesifikasi Xperia X dan Xperia XA boleh anda baca di SINI.

Xperia-X-ColoursXperia XXperia-XA-ColoursXperia XA

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.