Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei P9 Plus kini dibuka untuk tempahan, berharga RM 2,599

image

Telefon pintar utama Huawei iaitu P9 dan P9 Lite telah mula dijual di pasaran Malaysia minggu lalu dengan harga penjualan RM 2,099 dan RM 1,099.

Kini, satu lagi model didalam siri P9 ini iaitu P9 Plus telah dibuka untuk tempahan melalui Directd dengan harga penjualan RM 2,599.

Huawei P9 Plus ini ditawarkan didalam dua warna iaitu warna emas dan kelabu namun jika anda mahu membeli warna kelabu anda harus menunggu sehingga minggu ketiga atau keempat bulan ini untuk sampai ke tangan anda (Warna emas akan dihantar pada 10 Jun ini).

p9 plus preorder

Selain itu, bagi 99 pembeli pertama Huawei P9 Plus, mereka akan menerima hadiah misteri bernilai RM 999.

Pembelian Huawei P9 Plus melalui Directd ini juga hadir dengan jaminan waranti satu tahun dan perkhimatan premium daripada Huawei Malaysia.

Maklumat spesifikasi Huawei P9 Plus boleh anda baca di SINI

beli Huawei P9 melalui Directd di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.