Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

[MWC 2016] Sony melancarkan 3 model baru didalam siri Xperia X

Xperia-X-Series-

Sony secara rasminya telah melancarkan satu siri baru yang dikenali sebagai siri Xperia X dan sebagai permulaan, tiga model siri Xperia X diperkenalkan iaitu Xperia X, Xperia XA dan Xperia Performance.

Ketiga-tiga model terbaru siri Xperia X ini hadir dengan skrin paparan berukuran 5.0-inci dan hadir dengan reka bentuk yang baru iaitu berasaskan gelas pada permukaan hadapan dan keluli pada bahagian belakang.

Xperia X Colours

Xperia X

Bercakap mengenai Xperia X, telefon pintar ini hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.0-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 650 , 3GB RAM dan 32GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, Xperia X juga hadir dengan kamera utama 23MP yang hadir dengan teknologi pemfokusan auto yang baru iaitu ‘Predictive Hybrid Autofocus’. Kamera ini mempunyai kelajuan untuk melancar dan mengambil gambar didalam masa hanya 0.6saat. kamera selfie Xperia X adalah 13MP.

Sony Xperia X juga hadir dengan bateri berkapasiti 2,620mAh yang mana Sony mendakwa mampu memberikan dua hari jangka hayat bateri, butang kuasa + sensor capjari dan terdapat juga pembesar suara stereo.

Xperia X Performance Colours

Xperia X Performance

Xperia X Performance adalah telefon pintar terbaik didalam siri X ini dan ianya hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.0-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 820 , 3GB RAM dan 32GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, , Xperia X Performance juga hadir dengan kamera utama 23MP yang hadir dengan teknologi pemfokusan auto yang baru iaitu ‘Predictive Hybrid Autofocus’. Kamera ini mempunyai kelajuan untuk melancar dan mengambil gambar didalam masa hanya 0.6saat. kamera selfie Xperia X Performance adalah 13MP.

Salah satu kelebihan yang dimiliki oleh Xperia X Performance adalah model ini hadir dengan pensijilan kalis air dan habuk IP68.

Xperia XA Colours

Xperia XA

Telefon pintar Xperia XA adalah versi Xperia X yang lebih murah, ianya hadir dengan skrin paparan 720p berukuran 5.0-inci, pemproses MediaTek MT6755 , 2GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman.

Xperia XA juga hadir dengan kamera utama 13MP manakala kamera selfie Xperia XA adalah 8MP. Xperia XA tidak memiliki sensor capjari , pembesar suara stereo namun akan hadir dengan sistem operasi Android Marshmallow dan bateri berkapasiti 2,300mAh.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.