Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Mi Band 2 dilancarkan secara rasmi dengan harga penjualan sekitar RM93

13325509_1079457382089854_4974652127177017122_n

Xiaomi secara rasminya telah melancarkan jam pintar generasi kedua mereka iaitu Mi Band 2 dan jam pintar ini akan mula ditawarkan di China pada 7 Jun ini dengan harga penjualan RMB 149 (RM 93)

Jam pintar Xiaomi ini hadir dengan skrin paparan OLED yang menjanjikan jangka hayat peranti yang lebih baik.

Xiaomi Mi Band 2 ini juga hadir dengan sensor ukuran degupan jantung, kualiti tidur, jumlah langkah, pembakaran kalori dan menjanjikan jangka hayat bateri sehingga 20 hari (55% lebih efisen berbanding Mi Pulse).

Selain itu, Mi Band 2 ini juga mempunyai fungsi gegaran yang akan diaktifkan apabila anda tidak melakukan sebarang gerakan (senaman).

Xiaomi Mi Band 2 ini akan hadir didalam tiga warna dan mempunyai pensijilan kalis air dan habuk IP67.

Xiaomi Mi Band 2 ini dijangka akan memasuki pasaran Malaysia namun tiada sebarang tarikh penjuala diketahui buat masa ini.

sumber

13319959_1079457485423177_3343027089049833112_n   13332781_1079457758756483_5250549305019147195_n  13321702_1079457688756490_1475567768528995026_n 13346849_1079457672089825_4439082915464913873_n 13312669_1079457472089845_2356240747861185952_n

173652awciqcwnnioqq77i.jpg.thumb 2c65e83f48a924700761296c2003fe0b

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.