Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Digi Smart Prepaid kini hadir dengan 8GB internet hujung minggu percuma

digi prepaid

Digi kini secara rasminya telah mula menawarkan 8GB kuota internet percuma yang boleh digunakan pada hujung dan tawaran ini adalah untuk seumur hidup.

Digi menjadi syarikat kedua untuk menawarkan pelan prabayar dengan 8GB kuota internet percuma hujung minggu iaitu selepas Maxis menaiktaraf pelan Hotlink FAST mereka hujung bulan lalu.

Kuota internet hujung minggu percuma ini boleh dinikmati melalui rangkaian 4G LTE oleh pelanggan prabayar Digi Smart Prepaid, Smart SE , Smart VP, Smart P2P , Smart MNP dan Smart Bundle.

Seperti pelan Hotlink FAST, pelanggan prabayar Digi yang layak akan menerima 2GB kuota internet setiap hujung minggu namun anda harus menebus kuota internet percuma ini dengan mendail *888*6# ( penebusan mungkin perlu dilakukan sekali sebulan)

Kuota internet ini boleh dinikmati dari pukul 12 pagi sabtu sehingga 11.59 malam hari seterusnya dan selepas kehabisan kuota ini , internet anda akan kembali kepada kelajuan asas iaitu 64kbps atau akan ditolak dari pelan internet anda.

Selain itu, Digi juga telah memperkenalkan pelan internet prabayar yang lebih bernilai dan ianya turut hadir dengan pilihan untuk menebus kuota internet percuma tanpa had dari pukul 1-7 pagi, pelayaran Facebook (500MB) , pelayaran YouTube (500MB) atau tambahan 500MB pada pelan internet bulanan anda.

maklumat penuh pelan internet baru ini boleh anda lihat pada gambar yang kami sertakan di bawah

digi new prepaidsumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.