Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Gambar sebenar OnePlus 3 tersebar

OnePlus-3-real-image-01

Sebelum ini kami pernah melaporkan bahawa telefon pintar OnePlus 3 yang akan diberi gelaran “flagship killer 2017” dijangka akan dilancarkan pada 18 Mei ini sebelum penjualan bermula pada bulan Jun.

Walaupun majlis pelancaran hanya berbaki kira-kira 9 hari, kita masih belum mendapat sebarang pengesahan rasmi daripada OnePlus.

Kini beberapa gambar yang didakwa OnePlus 3 telah tersebar di internet dan ini memberikan kita sedikit sebanyak gambaran reka bentuk generasi ketiga telefon pintar utama OnePlus ini.

OnePlus 3 ini dikatakan mempunyai reka bentuk yang hampir sama seperti Meizu Pro 6 pada panel hadapan manakala panel belakang telefon pintar ini dilihat sama seperti HTC 10.

Bercakap mengenai spesifikasi, OnePlus 3 dijangka akan hadir dengan  pemproses Qualcomm Snapdragon 820, dua kapasiti RAM dan ROM iaitu 4GB RAM/32GB ROM dan 6GB RAM dan 64GB ROM.

Selain itu, OnePlus 3 juga dijangka akan memiliki kamera utama 16MP, kamera selfie 8MP , bateri berkapasiti 3500mAh , Android Marshmallow dan sistem operasi Oxygen OS ( Hydrogen OS bagi pasaran China).

OnePlus 3 dijangka akan mempunyai harga penjualan CNY 2,499 (RM 1,511) iaitu bagi versi 6GB RAM/64GB ROM manakala versi 4GB RAM/32GB ROM pula akan mempunyai harga penjualan CNY 2,299 (RM 1,390).

OnePlus 3 yang bakal dilancarkan ini haruslah mempunyai spesifikasi yang mampu membuat pengguna tertarik kepada telefon pintar ini. ( OnePlus 2 dilihat tidak berjaya menambat hati pengguna).

sumber

OnePlus-3-real-image-01 OnePlus-3-real-image-02 OnePlus-3-real-image-04 OnePlus-3-real-image-03 OnePlus-3-real-image-05

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.