Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Hotlink FAST kini dengan 8GB Internet percuma setiap bulan seumur hidup

hotlink fast 8gb free internet for life

Seperti yang dijanjikan ketika pelancaran pelan MaxisONE yang baru, Maxis kini telah memperbaharui penawaran pelan prabayar Hotlink FAST mereka.

Pelan Hotlink FAST yang ditawarkan Maxis ini kini hadir dengan 8GB internet percuma setiap bulan namun harus kami ingatkan bahawa kuota internet percuma ini hanya boleh digunakan pada penghujung minggu (2GB (1GB+GB) setiap minggu).

Selain 8GB internet percuma, pelan Hotlink FAST ini juga hadir dengan pelan internet yang lebih bernilai dimana 1GB internet boleh dibeli pada RM 3 ( untuk satu hari) manakala pelan bulanan bermula dari serendah RM 30 ( 2GB).

hotlink fast 8gb free internet for life-1 hotlink fast 8gb free internet for life-2hotlink fast 8gb free internet for life-4hotlink fast 8gb free internet for life-3

Pek permulaan Hotlink FAST ini juga telah diturunkan harga dan kini pengguna boleh mendapatkanya pada harga RM 10 sahaja dan pek permulaan ini akan hadir dengan RM 5 kredit (tempoh sah 5 hari ) dan 300MB internet ( tempoh sah 2 hari).

Bagi pelanggan prabayar yang berada dibawah pelan lain, anda boleh beralih kepada pelan Hotlink FAST ini melalui aplikasi Hotlink Red atau melalui UMB (rujuk pada gambar dibawah) namun anda akan dikenakan caj peralihan RM 1.

hotlink fast subscription

Bercakap mengenai kos panggilan pula, setiap panggilan yang dibuat akan dikenakan caj 12/sen seminit bagi nombor Maxis/Hotlink dan 24/sen seminit untuk panggilan ke rangkaian lain.

Maklumat lanjut mengenai pelan Hotlink FAST ini boleh anda lihat di SINI

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.