Nexus 6P dengan pemproses SD 820 dan 4GB RAM dikesan di GeekBench
Telefon pintar Nexus 6P yang dikeluarkan oleh Huawei kini telah dikesan di pangkalan data ujian GeekBench dan apa yang pelik adalah, model Nexus 6P ini hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 820.
Jika anda tidak tahu, Nexus 6P daripada Huawei yang dilancarkan tahun lalu hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 810 dan model yang dikesan di GeekBench ini mungkin versi baru bagi Nexus 6P dan ianya turut mempunyai sistem operasi Android N yang belum diumumkan.
Selain itu, salah satu lagi perbezaan Nexus 6P dengan model Nexus 6P yang baru dikesan di GeekBench ini adalah kapasiti RAM, model baru ini hadir dengan 4GB RAM dan bukanya 3GB seperti pada model yang dilancarkan tahun lalu.
Versi baru ini mungkin akan dilancarkan di sidang Google I/O yang akan diadakan bulan hadapan dan terdapat juga kemungkinan Google mengubah nama model ini kerana kita masih belum mendapat sebarang maklumat spesifikasi lain telefon pintar ini.
Google mungkin mengikut jejak langkah syarikat pengeluar utama seperti Apple dan Samsung yang hanya akan memperkenalkan model dengan reka bentuk baru setiap 2 tahun.
Selain itu, Google juga dilaporkan telah berkerjasama dengan HTC untuk melancarkan dua telefon pintar kelas pertengahan didalam siri Nexus iaitu Nexus M1 dan Nexus S1 ( mungkin diperkenalkan di Google I/O).