Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Celcom melancarkan pelan M4GIC SIM – panggilan percuma dan kuota lebih banyak

Picture 2(1)

Selang beberapa hari selepas Maxis memperbaharui pelan Hotlink FAST mereka, Celcom telah tampil dengan pelan prabayar MA4GIC SIM mereka yang baru.

Apa yang menarik pada pelan MA4GIC SIM ini adalah ianya hadir dengan kemudahan panggilan tanpa had kesemua nombor Celcom selain internet asas percuma.

Kesemua pelan internet terbaru yang ditawarkan dibawah pelan MA4GIC ini dikenali sebagai MA4GIC Reload dimana ianya terdapat pelan S(harian RM 8) , M (mingguan RM 18) , L (bulanan RM 38) , XL ( bulanan RM 48) dan XL2 (bulanan RM 68).

Bagi pelan harian dan mingguan, anda akan menerima 1GB kuota internet yang boleh digunakan pada bila-bila masa manakala pelan lain mempunyai pecahan yang boleh anda lihat pada jadual dibawah.

celcom MA4IC SIM

Selain itu, bagi pelan XL dan XL2 , pelanggan juga boleh membawa baki kuota internet mereka ke bulan seterusnya dan turut menikmati akses Yonder Music selama 12 bulan.

bagi pelanggan pelan XL dan XL2 , selain panggilan percuma ke semua nombor Celcom, mereka juga akan menerima panggilan percuma ke rangkaian lain ( 30 minit bagi XL dan 60 minit bagi XL2).

Pek permulaaanMA4GICSIM ini akan ditawarkan pada harga RM 10 dan ianya hadir dengan RM 6 kredit selain 200MB internet.

dengan pelancaran pek permulaan ini, pek permulaan MAGIC SIM akan dihentikan namun ianya ditawarkan sehingga stok masih ada.

Picture 1

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.