Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo dan Vivo menyingkirkan Xiaomi dari 5 pengeluar telefon pintar terbaik dunia

xiaomi max xiaomi big xiaomi plus xiomi pro

Walaupun mendapat perhatian dunia, telefon pintar utama Xiaomi yang dilancarkan awal bulan lalu dilihat tidak membantuk mengekalkan kedudukan syarikat ini didalam lima pengeluar telefon pintar terbesar didunia.

Laporan terbaru daripada IDC melihatkan Xiaomi telah tersingkir dari kedudukan lima teratas pengeluar telefon pintar dunia dan ini adalah laporan bagi suku pertama tahun 2016.

Menurut laporan terbaru daripada IDC, berikut adalah lima pengeluar telefon pintar teratas dunia.

  • Samsung – 81.9 juta unit telefon pintar terjual
  • Apple – 51.2 juta unit telefon pintar terjual
  • Huawei – 27.5 juta unit telefon pintar terjual
  • OPPO – 18.5 juta unit telefon pintar terjual
  • Vivo – 14.3 juta unit telefon pintar terjual

Kita boleh menyaksikan bahawa OPPO dan Vivo telah mengatasi penjualan Xiaomi dan ini mungkin disebabkan kerana produk Oppo dan Vivo masih boleh dibeli dikedai manakala produk Xiaomi hanya ditawarkan melalui atas talian.

Selain itu, berdasarkan kedudukan lima tangga teratas didalam pengeluar telefon pintar dunia ini, 3 daripada 5 jenama adalah jenama dari China dan hampir kesemua jenama ini masih belum memasuki pasaran Barat secara agresif.

Jika kesemua syarikat ini mula memasuki pasaran Barat, kita mungkin menyaksikan jurang penjualan antara syarikat China ini dengan Apple dan Samsung akan mengecil dan terdapat kemungkinan mereka mampu mengatasi kedua-dua syarikat gergasi ini.

Selain itu, satu lagi maklumat penting yang harus kami kongsikan bersama anda adalah Apple mencatatkan penurunan penjualan buat pertama kali iaitu jatuh 16.3%

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.