Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S7 ditawarkan secara rasmi di Malaysia esok – RM 2,699

Galaxy-s7-01

Samsung Mobile Malaysia secara rasminya akan menawarkan satu lagi model telefon pintar utama mereka iaitu Galaxy S7 ke pasaran tempatan mulai esok.

Samsung Galaxy S7 hadir dengan skrin paparan QHD Super AMOLED berukuran 5.1-inci dan skrin paparan ini memiliki kepada piksel 577ppi. Galaxy S7 hadir dengan ukuran dimensi 142.4 x 69.6 x 7.9mm dan mempunyai berat 152gram.

Samsung Galaxy S7 ini hadir dengan 4GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman namun jenis pemproses tidak diketahui ( Snapdragon 820 atau Exynos 8890).

Selain itu, dari segi reka bentuk Samsung Galaxy S7 hadir dengan reka bentuk panel hadapan gelas 2.5D manakala bahagian belakang hadir dengan lengkungan yang sama seperti pada Galaxy Note 5.

Galaxy-s7-02

Samsung Galaxy S7 hadir dengan kamera 12MP dan adalah tidak tepat jika anda bandingkanya dengan kamera 16MP yang dimiliki oleh S6. Kamera ini hadir dengan aperture f/1.7 dan teknologi Dual Pixel yang mampu membolehkan pengguna mengambil gambar yang lebih berkualiti walaupun pada keadaan cahaya yang rendah.

Kamera S7 ini juga hadir dengan fokus automatik yang pantas dan Smart OIS. Kamera selfie yang dimiliki oleh model ini adalah 5MP dengan aperture f/1.7.

Samsung Galaxy S7 hadir dengan bateri berkapasiti 3,000mAh dan ianya hadir dengan sokongan pengecasan pantas (WPC dan PMA).

Ciri-ciri lain yang dimiliki S7 dan S7 Edge adalah include Dual-band Wi-Fi ac, MIMO, Bluetooth v.4.2, ANT+, USB 2.0, NFCdan MST ( untuk sokongan sistem pembayaran).

Salah satu ciri yang pasti mendapat pujian ramai pada Samsung Galaxy S7 adalah pensijilan kalis air dan habuk IP68.

Beralih kepada perisian dalaman, Samsung Galaxy S7 dan juga hadir dengan TouchWiz UI yang berasaskan Android 6.0 Marshmallow.

Samsung Galaxy S7 ini akan hadir didalam tiga pilihan warna iaitu putih, hitam dan kuning dengan harga penjualan RM 2,699.

galaxy-s7-specs

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.