Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Maxis akan memperkenalkan pelan postpaid yang baru 22 April ini

Maxis-Centre-Gamuda-Walk

Maxis secara rasminya telah mengesahkan bahawa mereka akan memperkenalkan pelan pascabayar terbaru yang dijangka akan hadir dengan kuota internet yang lebih tinggi namun pada komitmen bulanan yang lebih kurang sama.

Tindakan ini dibuat selepas Maxis dikecam hebat kerana menawarkan pelan MaxisONE yang sama jumlah kuota internetnya mengikut kedudukan geografi dimana pelan Maxis ONE98 yang ditawarkan di semenanjung Malaysia ditawarkan pada harga RM 68 sahaja di Sabah dan Sarawak.

Walaubagaimanpun, Maxis didalam memperbaiki imej mereka yang tercemar telah mengumumkan minggu lalu bahawa kesemua pelan MaxisONE akan menerima tambahan kuota internet mulai bulan hadapan dan sehingga itu, mereka juga akan menerima 3GB kuota internet percuma.

Dalam majlis pelancaran esok, Maxis dijangka akan mengumumkan maklumat penuh kesemua pelan MaxisONE dan juga pelan-pelan sampingan yang lain.

Selain itu, bercakap mengenai persaingan didalam industri telekomunukasi ini, Celcom telah mengumumkan pelan Celcom First Platinum yang hadir dengan kuota internet sehingga 18GB manakala Digi telah melancarkan pelan Digi Postpaid 80 yang hadir dengan kuota internet sehingga 10GB dan tidak lupa juga UMobile yang kini menawarkan pelan Hero P70 dengan kuota internet 15GB ( promosi sehingga 31 Disember 2016).

dengan pengenalan pelan Maxis yang baru, syarikat ini pasti berharap segala kecaman yang diterima akan berkurangan dan akan memastikan pelanggan berpuashati dengan perkhimatan yang ditawarkan Maxis.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.